Sorong.Papan.Tarik.Papan

Sorong papan tarik papan,
Buah keraji dalam perahu,
Suruh makan engkau makan,
Suruh mengaji engkau tak mahu.


pantun ni belajar masa sekolah rendah. antara pantun selain pantun buah cempedak, dengan pantun buah pisang diawa berlayar. ingat?

jadi, kenapa tajuk pantun arini, yea..?

aa.. semalam, mak hantar repot lisan pasal perkembangan cik.aira dengan cik.aish.

makin banyak perkataan = makin banyak cakap = makin banyak melawan.

tu kesimpulan dari repot mak untuk kedua-dua cik.aira dan cik.aish.

cik.aira tuh memang sifat self-centered dia semulajadi. cik.aish, banyak follow cik.aira. apa cik.aira buat, terus ikut! memang murid yang sangat patuh!

so, semalam, mak cerita,

"pening mak satu hari ni.."
"ngape?"
"si kakak, nyanyi.. cintaaakuu.. pesyeenn.. cintaaakuu.. pesyeenn.."
"heh? lagu apa tuh?"
"itulah mak pening pikir satu hari ni. rupa-rupanya, lagu cintaku 100%!"
"hiiyy, dangdut?!"
"itula pasaaaaalll..! banyak sangat tengok tomtombak la.. jangan lupa lirik laa..!"
"..."
"kalau kat umah ni, bukak channel oasis je, mula la boring.. tak suka nak dengar orang zikir, mengaji.."
"..."

malas nak jawab apape kat mak. salahkan je diri sendiri, sebab tak tegas dengan budak-budak. azil garang je lebih, tapi susah nak tegas. sebab malas nak layan budak nangih berhempas badan..


sekali tetiba, dengar suara cik.aira,

"cintakuuu.. pesyeenn.."

.. sambil menggelek-gelek punggung dan pegang sikat ala mikrofon.

aiyo..!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

0 Response to "Sorong.Papan.Tarik.Papan"