Progressive.Test.3

baru sudahkan Progressive Test 3, CBA02. tak banyak berubah score dari test lepas. turun 1 markah gitu. ok la tuh, janji lulus. malas weh nak pikir banyak-banyak. nih pun ulangkaji tahap intensif! 2 jam jek baca buku, 55 menet buat test. ala-ala ilmu fresh from oven la terus amek test tadi. strategy yang agak OK. berkemungkinan besar akan di"apply" masa real exam. harapan nak score >90 tuh, agak mustahil la guna cara azil, tapi setakat ni, berkesan untuk lulus.

so, cukup la eik..

menyudahkan online surveys yang tertunggak. dah banyak mail survey dalam inbox azil. separuh dah lajak due date. agak rugi. =( luckily, managed to settled another half. yeay! ada ratus-ratus point sebelum boleh cash out USD50. ada lagi setahun kot.

lalalalala..

cik.aish dah reti sikit-sikit nyanyi lagu "tik-tok-tik-tok, hujan dah turun".

tapi sangat kelakar sebab dia sebut "tik-towk-tik-towk-woun".

lately, perkembangan vocab cik.aish sangat memberangsangkan. bagus!

cik.aira pulak asyik confuse lagu ABC dengan Twinkle Twinkle Little Star, sebab both songs carry the same melodies. elok dia nyanyi,

twinkle twinkle little star
h.j.i.k.l.m.n.

sangat kasihan.. kenapa la melodi kedua-dua lagu tu kena sama?

kesian anak azil.

cik.aira beri tajuk pelik pada lagu ABC. pada cik.aira itu lagu "di-iy-ef" (DEF) atau "waizet" (YZ). walaupun begitu, bila azil sebut suruh dia nyanyi lagu ABC, dia paham je lagu mana nak kena nyanyi. saje je ke dia tukar tajuk??

kalau lagu Papaku Polang Dari Kota pun, pada cik.aira itu lagu PomPom. senang pada dia kot. ke, budak-budak kidal memang begitu?? takpe lah. asalkan dia boleh communicate dengan cara tu, pada azil takde masalah.

sekarang masih perlu menegur lagi bila cik.aira dok makan guna tangan kiri. walaupun tak kekok makan tangan kanan, dia selalu "terbabas" guna tangan kiri jugak. kadang-kadang dia pernah terhenti bila nak ambik makanan dari azil. cam tatau nak sambut tangan kiri ke kanan. hihihi.. kakak, motto motto ganbare yo!

azil dan en.eid, perlu dapatkan lebih banyak buku bergambar. both sisters love them good. diowang sangat suka buku, sampai tahap makan buku. hahaha..! cik.aira the curious sangat suka tanya benda-benda dalam tu, dan yang bagusnya, dia tak terima bulat-bulat jawapan yang azil bagi.

kalau dia tunjuk bola, azil jawab, "errmm.. ibu rasa fish la kakak.'
dia akan membetulkan semula, "no ibu.. iniii, ball.."
terpaksa la berlakon, "eh laa.. iye ke.. bukan fish ke?" kena buat muka confused!
dan dia ajar lagi, "nooooo.. iniiii.. baallll... hiy, ibu niihh.." sure dia akan geleng-geleng kepala macam tak percaya je ibu dia tak pandai beza ball dengan fish.

ok, bila sampai ayat ".. hiy, ibu niihh..", sila ok kan saje. kalau tak, dia akan marah. cik.aira kan short tempered. hehehehe..

ok la. dah nak maghrib. azil perlu siapkan dinner.

nak masak ikan bawal goreng. cam enak je.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

0 Response to "Progressive.Test.3"