melepak-lepak di rumah..
en.waja masuk workshop. at least for 2 weeks. selama itu patahlah kaki azil nak kemana-mana. selama itu jugak kena mengharap pada en.eid dengan linda untuk hantar dan pick-up azil kat stesen komuter. kembali ke zaman berkomuter la lepas ni.
apa yang terjadi..?
pagi jumaat lepas, hujan turun sangat lebat. azil bagun pukul 5:45 pagi. dah mandi, bersiap, azil kejut en.eid. oleh sebab hujan sangat lebat, azil offered untuk hantar en.eid ke opis pagi tu. iza, adik en.eid pun ada sekali. dia nak tumpang kereta sampai opis azil, dan naik lrt ke rumah kawan dia. dia planned nak balik kampung hari tu.
lepas dropped en.eid kat opis dia, azil tengok jam dah pukul 7:00 pagi. azil mesej melody.
"morning.. i'm going to be late. heavy rain & traffic."
dan azil drive la pergi ke opis lalu route yang biasa. tiba di lebuhraya hubungan timur-barat di kawasan seputeh, kereta-kereta menjadi sangat banyak dan trafik sangat-sangat la perlahan. biasa pun time tu memang trafik berat. kereta slow sampai la azil nak menyusur masuk ke lebuhraya persekutuan. tengah berkira-kira nak masuk lorong lebuhraya persekutuan, tiba-tiba
"bang!"
"chhrrpp.."
boleh berdecit pulak. azil tengok cermin sisi. kereta perodua kancil putih. azil pandu en.waja ke tepi jalan, dan berhenti. turun dari en.waja, azil ambik payung. kembangkan payung, azil berdiri mengadap kereta perodua kancil. perhatikan pemandu.
perempuan.
melayu.
cam budak je dari azil.
ok. tak perlu senjata apa-apa. hehehe.. in case, ok.. ;)
azil pergi ke belakang en.waja. cermin lampu belakang sebelah kanan pecah. bumper bawah kemek dan ada bahagian yang pecah. bahagian kereta tu, secara keseluruhan, kemek ke dalam di sebelah kanan. agak menyedihkan. =(
azil perhati ke dalam kereta kancil. pemandu kancil buat isyarat tangan meminta azil menunggu. dari tadi, dia masih di talian. entah siapa la yang dia called. muka agak cuak dan cemas. so, azil maintain cool je la. lalala..
azil tinjau kesan rosak kat kereta perodua kancil tu pulak. bonnet kemek dan terangkat, lampu depan sebelah kiri pecah, bumper bawah kemek. hrrmm.. azil buat calculation sendiri dalam kepala,
"aku punya, harus 7-800 jugak neh. budak tu pun harus 6-700. azab.."
azil called en.eid. bitahu azil eksiden.
azil called boss. bitahu azil eksiden, mungkin masuk lambat.
azil called abah, mummy. bitahu azil eksiden, tanya balai mana nak buat repot.
tak lama lepas azil called semua orang yang perlu, budak perempuan tu keluar kereta kancil. tak berpayung.
"kak, kita repot polis eik?"
"aa.. kasik akak nama dengan phone number."
"aa.. ok ok.. akak kasik orang number akak, orang miss called. nama orang sam."
maaf?? hrrmm.. dia terlupa kot.
azil tak tahu jalan ke balai polis. sam tunjukkan jalan dengan kancil dia. azil follow dari belakang.
mula-mula kami ke balai polis pantai. tapi polis kat situ bitahu tak boleh buat repot kemalangan kat situ. kena pergi ke balai polis jalan bandar.
iza turun kat balai polis pantai, dan terus ke rumah kawan dia naik teksi. azil terus ikut sam ke balai polis jalan bandar.
20 minit, kami tiba ke balai polis traffik jalan tun hs lee. mana jalan bandar nya? tukar nama kot.
azil buat repot. repot kat balai tu kena taip sendiri. dah ada template. follow je. lepas buat repot, kena pi jumpa pegawai lain pulak. kat situ pegawai tu akan interview kita pasal eksiden, dan catat pihak-pihak terlibat, serta melukis rajah kawasan kemalangan. setel situ, kena bawak en.waja pi ambik gambar pulak. sementara itu, en.eid bitahu kata akan datang ke balai. dia nak tengok dan nilai sendiri kerosakan en.waja.
azil tunggu en.eid kat kedai makan. order mi hailam dengan milo ais. serius enak! err.. sebab tengah hujan kot masa tu. dan azil belum breakfast lagi. tapi, tak dan 5 suap mi, en.eid called kata dia dah tunggu kat balai. azil mintak tuan punya kedai tolong tengokkan mi bandung dengan milo ais azil. azil pick-up en.eid, bawak dia jumpa sam, pi semula kedai makan sebab en.eid nak berbincang pasal kos repair en.waja, dan azil mendengar sambil makan.
"kalau bayar cash. tak boleh ke?"
"susah bang. saya nak kena cover kereta abang lagi, kereta saya, lepas tu saman kena 300. banyak tu bang."
(tu pasal lenkali jangan langgar keta orang..) azil cakap dalam hati.
tapi cam tak patut pulak rasa gitu. kot dia tengah terbersin ke masa bawak keta tadi, tengah ada habuk saje timing baik nak masuk dalam mata dia, kita mana tau kan..
"ok la.. insurans je la."
"ok ye bang.."
dah setel cakap-cakap few things lagi, sam pun mengundur diri. azil habiskan mi hailam. bersama en.eid, kitorang balik semula ke nilai. pi bengkel biasa.
"oo.. teruk jugak ni, bang. saya ingat nak kena ketuk-ketuk je. takpe-takpe, abang pergi bengkel kitowang lagi satu, abang cakap dengan wati. pasal insurans semua, dia akan terangkan kat abang."
jepp, pomen kitorang explained.
azil dengan en.eid pun pergi la ke bengkel lagi satu tu. dokumen-dokumen yang diperlukan, en.eid dah sediakan semua kecuali "keputusan kes". itu azil kena collect sendiri dekat balai polis trafik jalan tun hs lee tu. dan tak boleh pi collect buta-buta. ada yang kena sound kang. pi dulu isi borang untuk booking ambik "keputusan kes", lepas 2 minggu, called balai untuk tanya "keputusan kes" dah siap ke belum. kalau belum, arrange date baru dengan polis. kalau dah, baru boleh datang collect.
lepas setel hal en.waja, kitowang pun balik ke rumah. keluar semula naik 125z pi lunch. lapar balik la!
dah sudah makan, balik ke rumah, dan melepak-lepak la. dah 48 jam lepak kat umah.
arrgghh!
bosan..
cepat la en.waja pulih semula.
amiinn..
Hujan pagi hingga senja mug merah jambu mawar
4 months ago
0 Response to "Kemalangan."
Post a Comment