Perempuan.Gila.

.. anak saudagar penipu?

owh, tidak.. ini perempuan gila lain. begini kisahnya..

bila tiba hujung bulan, pekerja-pekerja di opis Pusat Khidmat Sarekat Pengangkutan Jereman (apa punya nama la..) akan menjadi sangat-sangat sibuk bekerja sehingga tidak sedar bila siang menjadi malam, dan begitulah sebaliknya. Ini kerana, sebagai syarikat yang menawarkan servis berkaitan akaun dan kewangan, hujung bulan adalah masa di mana sagala transaksi sepanjang bulan akan "ditutup", dan dijana laporannya.

Cik Milu, salah seorang yang tak menang kaki dan tangan bila menangani hujung bulan. Dia baru diterima bekerja sejak di Pusat Khidmat Sarekat Pengangkutan Jereman sejak 4 bulan lepas. Berwajah lembut nampak ayu, kadang kala serius, pernah juga melepas gelak besar bila bergurau. Tiada yang istimewa sangat.

Hari ini hari hujung bulan. Kerja Cik Milu telah bertimbun-timbun sejak awal minggu. Tertekan, sudah pasti. Semua kerja, perlu diselesaikan pada akhir hari ini juga. Inbois berkotak-kotak perlu dimasukkan data. Datang Cik Wati,

"Eh, Cik Milu. Banyak nampaknya inbois. Biarlah saya bantu sedikit. Saya pula dah selesaikan kerja semuanya semalam."

Niatnya membantu. Tanpa memandang muka Cik Wati, Cik Milu menyerahkan sebeban inbois kepada Cik Wati.

Cik Wati memulakan tugas-tugas membantu. Tetapi terbantut bila dia mula ingat-ingat lupa akan tatacara sistem.

"Cik Milu, Cik Milu. Tolong la kejap ni ha.. Refreshkan saya balik. Kalau dah bukak sistem sampai sini, lepas tu key in data cenggini je kan?"

Tegak Cik Milu, melangkah ke tempat Cik Wati, tak berkata sepatah, diambil semula inbois sebeban, kembali ke tempat,

"Baik aku buat sendirilah!"

Amboi! Hilang lembut muka ayu semua!

Cik Wati diam. Cik Jelin, penyelia Cik Milu yang duduk sebelah Cik Wati diam. Hatta Cik Can, ketua penyelia pun jadi diam.

Tak lama lepas itu, Makcik Cleaner datang membunyikan vacuum cleaner, memulakan rutin mingguan sebelum bercuti panjang pada Tahun Baru. Keadaan ofis jadi hingar dengan bunyi vacuum cleaner.

Tiba-tiba bunyi motor vacuum cleaner terdengar bercampur-campur dengan bunyi lagu. Mungkin dering telefon. Lama berbunyi, masih tak berjawab. Pelik. Beberapa orang telah bangun mencari arah bunyi lagu.

Telefon atas meja Cik Milu menyala, skrin berkelip-kelip.

"Apasal Cik Milu tak jawab telefon?" tanya Cik Zela.
"Saya tak tau la dia." jawab Cik Aili.

Cik Jelin pergi bertanya.

"Kenapa pasang lagu kuat-kuat?"
"Korang semua sangat bising la! Aku nak buat kerja pun tak boleh! Dah lah! Aku nak balik!"

Huik? Cantiknya perangai!

Cik Jelin yang sarat membawa anak dalam perut, duduk kembali ke tempatnya. Dibiarkan dulu "perempuan gila" Milu menjerit-jerit histeria tak tentu punca.

"Kau tak boleh la buat perangai macam ni. Kerja kau banyak, semua orang faham. Tapi bila orang nak tolong, kau taknak kasi. Bila kau tak faham buat kerja, bukan kau nak bertanya. Bila dah tak tahan stress, kau suka-suka nak jadi gila macam ni. Aku tak suka. Perangai kau seorang, menjejaskan semua yang ada nanti. Aku kerja sini dah 3 tahun, tak pernah aku jumpa orang macam kau ni lagi." nasihat Cik Jelin panjang lebar sambil tangan mengusap perut.

"Oi! Kau kerja baru 3 tahun tau! Aku ni dah kerja merata-rata, lebih banyak tahun dari kau, tau!Tapi tak pernah aku jumpa tempat kerja hingar macam ni! Bising! Aku nak buat kerja pun tak senang!" "perempuan gila" Milu sambung jerit histeria dalam bahasa yang difahami umum.

Owh, "perempuan gila" Milu ini memang gila glamer. Satu ofis bangun tengok drama dia. Lepas habis sawan histeria dia, dia duduk balik tempat dia, sambung kerja macam biasa.

"Hek eleh, tadi kata mau balik. Lagi duduk bikin kerja, apa macam?" Cik Zel bisik perlahan ke Cik Aili.

"Ya lor, sangat tak malu punya perempuan gila." balas Cik Aili makin perlahan bila sebut "perempuan gila".

Dan mereka gelak berbisik-bisik. Mereka tahu kisah "perempuan gila" ini akan dipanjangkan ke tahun-tahun mendatang. Hihihi..

Itulah kisah di hari akhir tahun 2009.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

0 Response to "Perempuan.Gila."