Takde.Keje

ohoho..!

ini mungkin akan jadik entry sepanjang hari. saya takde keje. eh, silap statement. of course la saya ada keje. cuma arinih, saya tak ada perkara yang nak diselesaikan / follow-up berkaitan keje saya. dan perkara ini telah bermula sejak isnin lepas dan bakal berlarutan sehingga tengahari esok, hari terakhir saya bekerja untuk tahun 2009. wuhuu!

nasib baik jugak esok, bos saya mintak tolong saya untuk interview seorang candidate. ada jugaklah makna saya swipe kad matrik opis nih. kalau tak, harus saya paksa kawan-kawan saya mengadap pc masing-masing untuk bersembang dengan saya.

oh, janganlah ingat takde keje nak dibuat itu, adalah satu perkara yang menyeronokkan. tak payah satu hari. laluilah separuh hari tanpa berbuat apa-apa, dah cukup nak buat otak saya terencat! kalau sungguh takde keje, boleh berjalan-jalan dan berpoya-poya mengiburkan hati ke midvalley atau klcc, takpela jugak. ini paling hebat tempat saya boleh pergi selain tandas, ialah ke pantry. habis happening la kot. boleh tengok tv plasma sony yang hitam legam tak pernah switched on, sebab nak jimat letrik (duh!).. nak tunjuk kaya tapi kedekut?

eh, lagu kechentaan sedang ke udara. "saat kau tak di sisi" by jikustik. eh lagi.. sesuai sungguh lagu ini untuk ditujukan kepada "keje saya". semoga cepat-cepat la get on track semula.

alamak! dah pukul 10:28.. last mail dari kawan2 saya, pukul 10:24! tak boleh jadik.. mereka harus diingatkan untuk kekal aktif sepanjang minggu ini (untuk melayan saya yang takde keje nih). baguslah mereka itu kawan-kawan yang sangat baik. layan je saya. tapi sekarang, mereka macam nak menjadi kurang baik je.. dah 4 menet senyap! grr..

---

aa.. 4 jam since saya off ke pantry tadi. hihihi.. boss saya datang "sedekah" laptop dia ke saya. saya telah meng"komplen" akan prestasi "buruk dan busuk" laptop yang dipinjamkan kepada saya sebelum ini.

"ok, takpe. awak ambik notebook saya. kompeni dah belikan semua managers laptop baru."

huiyo..! cenggitu je. so, saya tengah guna laptop "baru" la nih. sebijik model yang sebelum nih, tapi hurop-hurop kibod nye tak pudar lagi. yang sebelum nih punye, agak ampun.. memang dibeli untuk dilenjan kot.. dah berbelas-belas tangan guna, abih pudar hurop-hurop sume..

owh, lagi 49 menet boleh balik. tak macam semalam, keadaan federal highway petang ini agak lancar sehingga ke menara tm. lepas-lepas tu, saya tak tau. sebab mata rabun-hampir-buta saya cuma boleh tengok limited sampai menara tm tu saje.

ay! telefon saya ada masalah la ini hari!

dari pagi, tiada sebarang call atau sms yang dibenarkan menerobos masuk ke telefon saya. apa punye sekatan neh?? saya boleh call / sms out, tapi receiving tidak boleh langsung. called maxis customer service. dia kata sume line di bawah nama saya takde sebarang masalah. ok. so, kenapa saya tak boleh terima sms / call?

"cik dah keluarkan sim card dan masuk semula?"
"dah."
"dah keluarkan sim card dan cuba di tekefon lain?"
"hah? saya nak kena beli telefon lain pulak ke? saya ada satu je telefon."
"aa.. kita takut ini masalah telefon sebab semua line cik nih, ok je."
"isskk.. aa.. nantilah saya carik telefon lain.."

hiiyy.. apa kes la telefon saya neh. balik karang saya kena switch henpon dengan en.eid la. tengok ok ke tak.

tadi en.eid info saya, bahawasanya technician astro telah selamat sampai ke rumah dan membaiki sambungan astro di rumah kami. semoga kami akan berpuas hati dengan tahap siaran selepas ini. astro kat rumah tuh sengal sikit. angin takde, ribut takde, suka-suki je kuar mesej,

"service currently not available."

biasanya time tengahari buta panas terik! piring tuh silau ke hape??

orang baya neh 72hengget tetiap bulan! sibbaik tak ambik pakej mahal-mahal. cam dynasty ke.. takde makna sungguh ..

erm, nak dinner apa hek malam ni? i'm far from cooking, so lets think of something goreng-goreng to buy..

saya rasa macam teringin nak menikmati kueytiaw kungfu di "restoran khairul makanan islam". macam melampau tak nak tambah statement "makanan islam" tu? saya tak tau apa semangat yang meresap owner kedai sampai kena letak nama restoran cenggitu. mungkin sebab location wise. kedai dia seberang jalan dengan masjid. =)

dan ye.. first time saya tried kueytiaw kungfu dia, agak enak. boleh diterima tekak saya tak berapa nak memilih nih. nasik goreng daging merah dia pun saya dah tried. pun menarik selera. yang tak berapa enak, saya rasa mi hailam dia la. tapi, bila difikir-fikirkan, tak pernah saya makan mi hailam yang saya rasa sedap. ke, mi hailam memang tak sedap?

eh, ok lah. letih tau menaip nak apdet blog. saya taip laju-laju sampai kawan opis saya pelik.

"u buat keje apa?"
"err.. mana ada keje.."
"yang u taip laju-laju tuh?"
"oh, i saje nak prektis typing kat laptop baru. nak biasakan diri."

saya sengih-sengih. dia kerut dahi. lantaklah ko.

ok, ok.. dah eik..

esok lusa plak..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

0 Response to "Takde.Keje"