Sekarang di Pusat Perubatan Columbia Asia, Seremban.
Demam semula.
Susahnya hati saya.
T_T
Posted via Blogaway
Jarang sungguh dapat merakamkan gambar anak-anak berdua ini.
Arissa Qaisara dan Aleeya Qalesya.
(*^_^*)
Posted via Blogaway
Takziah kepada keluarga teman sekelas saya, Mohd Afdzal Mohd Rafle atas pemergian beliau seminggu lepas.
Saya baru dapat berita kematian ini senja tadi semasa di Bagan Lalang. Siti, deskmate 3 tahun saya semasa bersekolah di SMK KGV, menyampaikan perkhabaran in melalui sms.
Arwah meninggal disebabkan jangkitan pada paru-paru dan telah sebulan berada di hospital sebelum menghembuskan nafas yang terakhir.
Arwah merupakan teman sekelas yang sangat rapat semasa saya bersekolah di SMK KGV. Walaupun lama tak berhubung selepas saya berpindah sekolah, saya tetap mengambil tahu perkembangannya. Biasanya Siti lah yang tukang menyampai.
Terakhir kali bertemu..
Hari keputusan PMR1994.
Innalillahi wa innalillahi raji'un..
Posted via Blogaway
Menghabiskan sisa cuti hujung minggu di Pantai Bagan Lalang. Cik.Airis pertama kali ke sini. Tak begitu berani berjalan atas pasir. Berdiri lama sampai lenguh kaki agaknya. Sudahnya menangis mintak didukung.
-_-;
Posted via Blogaway
Posted via Blogaway
Kasihan sungguh anak yang seorang ini. Sejak hujung tahun lepas, setiap bulan dia diserang demam panas.
Kakak-kakanya pula kalau demam, paling kuat suhunya pun pergi ke 38.5. Tapi yang ini, 41 pun pernah!
Malam ini ke Hospital Putrajaya lagi. Petang tadi Cik.Airis menggigil sehingga kebiruan bibir, dan kuku kaki tangannya. Cemas, saya bawa ke klinik terdekat. Doktor yang mengesyaki dia terkena serangan sawan, terus mengarahkan kami ke hospital untuk dipantau dengan lebih lanjut.
Di wad kecemasan, darah diambil untuk dijalankan ujian. Saya diminta memandikan Cik.Airis. Selepas 15 minit mandi, saya keluarkan juga dari tandas. Cik.Airis dah mengamuk kesejukan. Mujur suhu badan turun ke 35.5. Suhu kekal begitu sehingga keputusan darah keluar sejam setengah kemudian.
Platlet pula kurang. Doktor sampaikan surat rujukan ke klinik kesihatan untuk menjalankan ujian darah khusus untuk mengenal pasti penyakit berkaitan kurang darah. Ada 5 hingga 6 jenis ubat dibekalkan sama.
Sekarang, saya masih berjaga untuk memantau turun naik suhu badan Cik.Airis. pulang dari hospital, suhu badannya kembali tinggi di angka 38.9. Selepas mandi, kami kekalkan badannya dengan kebasahan. Letakkan tuala basah di atas badan dan kepala. Selepas 2 jam, suhu badan kalau turun pun hanya sekitar 37.
Esok bakal menyambung cuti sakit. Saya sudah tidak ke pejabat sejak Rabu. Ada sakit yang mengekang pergerakan tangan kanan saya. Sehingga hari ini, walaupun sudah boleh digerakkan, masih tidak begitu selesa. Ditambah dengan keadaan anak yang sakit ini, wajar untuk saya duduk di rumah sahaja.
Mana tahu. Mungkin ada keperluan untuk ke hospital lagi. Mak saya dah beri amaran yang dia mungkin akan diserang panik kalau sungguh Cik.Airis diserang sawan. -_-!!
Hati tidak senang sungguh jadinya.
Posted via Blogaway
Hujan sedang mencurah lebat.
Cik.Airis ralit memerhati. Mungkin tertarik dengan bunyi bising hujan. Sesekali menggenyeh mata bila ada tempias mencuri tembak masuk ke mata. Sesekali juga bersuara bising cuba mengatasi bunyi hujan.
Saya memerhatinya, sambil melipat kain segunung. (〒︿〒)
Posted via Blogaway
Sejak seminggu lepas saya diserang kegatalan satu badan. Tak tentu masa. Kadang tengah duduk baring tengok tv, kadang sedang memandu. Biasanya lepas mandi. Merah berpeta dan naik bintik besar-besar.
Akhir-akhir ini juga saya sering rasa gelap mata. Seringkali saya perlu menggapai bucu meja atau dinding terdekat supaya tak jatuh. Beberapa ketika bila mata sudah terang semula, kepala akan sakit berdenyut-denyut.
Pagi tadi saya jatuh akibat sakan melumur bedak di badan sehingga lantai menjadi terlalu licin. Sedikit langkah yang salah, saya terjelepuk ke lantai. Mungkin mencederakan bahagian buku lali kaki kanan saya. Sya gagahkan ke pejabat, tapi sakit semakin melarat sampai rasa kebas-kebas di betis.
Untuk semua di atas, saya berada di klinik sekarang bagi mendapatkan rawatan. Saya blog mengenainya kerana takut terlupa apa yang perlu saya beritahu doktor nanti.
Posted via Blogaway