Lagi-lagi.Sakit



Kasihan sungguh anak yang seorang ini. Sejak hujung tahun lepas, setiap bulan dia diserang demam panas.

Kakak-kakanya pula kalau demam, paling kuat suhunya pun pergi ke 38.5. Tapi yang ini, 41 pun pernah!

Malam ini ke Hospital  Putrajaya lagi. Petang tadi Cik.Airis menggigil sehingga kebiruan bibir, dan kuku kaki tangannya. Cemas, saya bawa ke klinik terdekat. Doktor yang mengesyaki dia terkena serangan sawan, terus mengarahkan kami ke hospital untuk dipantau dengan lebih lanjut.

Di wad kecemasan, darah diambil untuk dijalankan ujian. Saya diminta memandikan Cik.Airis. Selepas 15 minit mandi, saya keluarkan juga dari tandas. Cik.Airis dah mengamuk kesejukan. Mujur suhu badan turun ke 35.5. Suhu kekal begitu sehingga keputusan darah keluar sejam setengah kemudian.



Platlet pula kurang. Doktor sampaikan surat rujukan ke klinik kesihatan untuk menjalankan ujian darah khusus untuk mengenal pasti penyakit berkaitan kurang darah. Ada 5 hingga 6 jenis ubat dibekalkan sama.

Sekarang, saya masih berjaga untuk memantau turun naik suhu badan Cik.Airis. pulang dari hospital, suhu badannya kembali tinggi di angka 38.9. Selepas mandi, kami kekalkan badannya dengan kebasahan. Letakkan tuala basah di atas badan dan kepala. Selepas 2 jam, suhu badan kalau turun pun hanya sekitar 37.

Esok bakal menyambung cuti sakit. Saya sudah tidak ke pejabat sejak Rabu. Ada sakit yang mengekang pergerakan tangan kanan saya. Sehingga hari ini, walaupun sudah boleh digerakkan, masih tidak begitu selesa. Ditambah dengan keadaan anak yang sakit ini, wajar untuk saya duduk di rumah sahaja.

Mana tahu. Mungkin ada keperluan untuk ke hospital lagi. Mak saya dah beri amaran yang dia mungkin akan diserang panik kalau sungguh Cik.Airis diserang sawan. -_-!!

Hati tidak senang sungguh jadinya.

Posted via Blogaway

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

1 Response to "Lagi-lagi.Sakit"

  1. shasha says:
    March 16, 2012 at 7:36 AM

    Ganbare babe! Semoga Airis cepat sembuh!