Saya bercuti 4 hari dari Jumaat hingga Isnin.
Cuti yang sepatutnya untuk menyambut keluarga Dungun datang bertandang, tapi pada saat akhir, kunjungan ditunda kerana biras saya kematian ibunya. Innalillah..
Kebetulan, anak buah saya, Arissa dimasukkan ke wad Hospital Columbia Asia Setapak. Menurut berita yang saya dengar, kerana dijangkiti Hand, Foot, and Mouth Disease (HFMD). Selepas selesai menghantar mak ke temujanji doktor di Klinik Kesihatan Nilai, Cik.Aira, Cik.Aish dan saya menunaikan temujanji rutin 6 bulan sekali dengan doktor gigi. Selesai temujanji, kami ke Setapak pula untuk menziarahi Arissa. Mak perlu menjaga Arissa di wad hospital kerana Boboy, adik saya demam panas, dan Ida, isterinya perlu masuk ke pejabat selepas tengahari.
Petang Jumaat berehat-rehat di rumah dengan keluarga.
Pagi ini, bangun dan membeli-belah barangan bulanan. Mak pesan tak usah dibelikan makanan kisar untuk Cik.Airis lagi kerana dia lebih suka makan makanan orang dewasa. Kalau bagi kari pun tidak mengapa. Kata mak, sambal pedas pun dia telan juga. Walaupun bersulam air. -_-;
Petang tadi, melayan En.Eid menyusun stepping stone di laman tepi rumah. Jenuh memikir design yang kena dengan jiwa kami. Berjaya juga namun En.Eid pelu menambah bajet dalam RM40.00 lagi untuk melengkapkan design itu. Dah siap nanti, saya tampalkan gambar. Biasanya, saya tak terlibat dalam hal laman dan cucuk tanam ini. Semua saya serah pada En.Eid. Rasa bangga berbunga-bunga juga bila berjaya hasilkan design yang saya sendiri kira menarik untuk susunan stepping stone tadi. =D
Malam ini, 2 orang bekas teman sekerja menelefon. Seorang menelefon untuk menanyakan jawatan kosong di syarikat saya bekerja. Dia pulang dari Jepun pada bulan 4 tahun ini dan mahu bekerja sementara menantikan suaminya menyudahkan jurnal PHD. Buat masa ini, resume telah diedarkan ke beberapa tempat dan dia menunggu untuk panggilan temuduga.
Seorang lagi, menelefon untuk bertanyakan samada saya kenal dengan nama seorang yang menurutnya bekerja di syarikat saya bekerja. Katanya, untuk tujuan menyelidik sebelum syarikat di tempatnya bekerja menawarkan tempat untuk staf di syarikat saya bekerja. Dia menawarkan untuk mengirimkan resume saya pada pihak HR di tempatnya, tapi saya berat hati. Syarikat tempatnya bekerja adalah dalam industri tembakau. Sama syarikat tempat mak pernah bekerja selama 25 tahun. Bezanya, mak dahulu bekerja di kilang tembakau di Seksyen 14, PJ manakala rakan saya ini pula bekerja di Shared Services Center di TPM. Dengar dia bercerita tentang bonus 5-8 bulan gaji, memang gamam juga, tapi hati masih lagi berat.
Saya masih mengusahakan kerja di lokasi Cyberjaya. Entah bilalah mahu mendapat.. =(
Oh, saya ada beberapa set kerja terjemahan yang perlu diselesaikan. Ini untuk projek Japan Billing Tasks Migration. Projek untuk membawa sejumlah 17 nilai tenaga kerja dari Jepun ke Malaysia.
Besar juga jumlah itu. 10 daripadanya datang dari satu team yang mana projek mengambil alih tugas dari team tersebut pernah gagal dalam projek yang sama pada tahun 2010. Gayanya kali ini, seperti meneruskan semula projek perumahan di kawasan yang ada sejarah tanah runtuh. Sukar kerana pihak Jepun sangat skeptikal dengan kemampuan kami di sini.
Mujurlah, di Jepun, mereka ada seorang pengurus baru yang menjadi ketua kepada pengurus-pengurus yang skeptikal ini. Dia sangat berfikiran terbuka dalam menerima pandangan kami. Memudahkan lagi, dia sangat fasih berbahasa Inggeris, menjadikan komunikasi lancar antara Project Manager dan pihak Jepun.
Cabaran terbesar kami di Malaysia, untuk mendapatkan sejumlah 17 tenaga kerja itu. Sehingga hari ini, hanya ada 2. Workshadowing di Jepun dijangka bermula pertengahan Januari 2013. Sebelum tarikh itu, staf-staf perlu mendaftar diri selewat-lewatnya sebulan sebelum tarikh bermula. Berita mutakhir saya terima semalam, Project Manager pula telah menghantar surat perletakan jawatannya. Sedikit sebanyak, instinct saya berkata yang projek ini akan tertangguh. Mungkin sebulan. Mungkin dua bulan. Jujur, saya tidak rasa syarikat mudah untuk mendapatkan 17 orang itu. Sebabnya, persaingan yang tinggi dalam industri ini menjadikan syarikat saya bukanlah tergolong sebagai Employer of Choice.
Mahu ditawarkan pada fresh graduate, pengurus besar kata, "Tiada kualiti."
Mahu ditawarkan pada yang berpengalaman, HR kata, "Syarikat tiada bajet."
Kenapa mahu kedekut jika mahu yang berpengalaman?
Dan, apa salahnya jika tawaran dibuka kepada yang baru habis belajar?
Bukankah ada permulaan untuk setiap satu perkara?
Menyedihkan.
Oh. lupa.. Kerja terjemahan..
Isk..
Malasnya nak start buat.
p(>_<)q
Hujan pagi hingga senja mug merah jambu mawar
4 months ago
0 Response to "Empat.Hari"
Post a Comment