Harmoni

Sejak Jumaat, saya dihurung rasa kurang enak.
Puncanya di pejabat.
Awal tahun dulu, ada juga rasa mahu memberi peluang untuk diri kekal lama di sini.
Sepanjang tahun ini, ada perkara yang OK, namun kebanyakannya tidak.

Saya seorang yang sangat pentingkan suasana harmoni dalam pejabat.
Sebagai pekerja, saya bukan seorang yang membantah sebarang cakap-cakap ketua.
Sebagai ketua, saya bukan seorang yang menyergah atau membuat muka masam dengan staf-staf.

Pada saya, apabila sekurang-kurangnya 1/3 dari sehari, kita akan habiskan di tempat kerja, mengapa mahu lalui dengan perasaan yang tidak cantik?
Merugikan!

Saya berada dalam kelas "middle management". Di antara rakan-rakan sejawat dalam kumpulan saya, saya yang paling kurang berpengalaman dan paling muda usia berkhidmat di dalam syarikat. Ketua saya, usia berkhidmat lebih sedikit dari saya tetapi masih jauh kurang berbanding rakan-rakan sejawat saya yang lain.

Saya tidak tahu kalau itu menjadi punca sukarnya "chemistry" terbentuk dalam kumpulan ini. Sungguh sukar. Selepas 2 tahun terbentuk dan bekerja bersama, antara kami dalam diam ada percakaran. Pada rakan-rakan sejawat, ketua seorang yang kurang berpengalaman dan kata-kata yang dikeluarkan selalunya kedengaran "nonsense" di telinga mereka. Pada ketua saya pula, rakan-rakan sejawat ini fikir mereka sudah lengkap tetapi masih ada yang kurang kualitinya.

Selalunya sayalah mangsa. Bila saya "Yes, Boss." pada perkara yang ditentang rakan sejawat, nescaya mereka tidak puas hati dan bertindak menyindir-nyindir. Bila saya turutkan rentak rakan sejawat, ketua akan melangkah laju ke tempat saya memarahi saya dahulu berbanding orang-orang lain.

Sukar bila saya seorang yang berusaha mengekalkan keharmonian, sedang yang lain lebih selesa bercakaran, biar pun dalam diam.

Jujurnya, saya rimas.
Dan saya juga menjadi benci bila rasa saya ini sentiasa dibuli.

Sekarang, bermacam-macam jenis tindakan yang saya fikir dan timbang.

Belum ada pintu peluang terbuka untuk saya ke tempat lain, jadi saya perlu mencari jalan agar hari-hari saya di pejabat lebih bermakna. Saya tak mahu satu pertiga hari-hari saya dipenuhi aura-aura negatif. Takut nanti akan menjejas personaliti saya yang positif ini. Takut nanti akan merubah sikap saya secara keseluruhan. Takut nanti, kesan negatif satu pertiga menular menjangkiti dua pertiga yang positif.

...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

0 Response to "Harmoni"