En.Aidh.Is.Two


Happy Birthday, Sayang!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Gone.

Lepas Isya', kami menerima panggilan dari Dungun. Mak memaklumkan yang Ayah meninggal dunia.


En.Eid menangis.

Baru semalam pulang dari Dungun, ziarah Ayah yang dimasukkan ke wad. Malahan, semalam Ayah dah keluar pun dari hospital. Tiba-tiba dapat panggilan begini, semua orang terkejut.

Walau bagaimanapun, Ayah mungkin sedar tanda-tanda dia akan pergi. Balik tempohari, bermacam juga wasiat disampaikan.

Allaahh.. Semoga Ayah ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.

Amiinn..

Saya masih dalam perjalanan pulang ku Dungun.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Mimpi.Acun


Cik.Airis sedang bercerita hal mimpinya malam semalam. Tapi dia dok tanya,

"Ibu pergi mana dalam mimpi tu?"
"Ibu ingat tak Acun carik ibu?"
"Kenapa Ibu marah Acun?"

Pelik, saya bertanya kembali,

"Mana Ibu tau. Kan tu mimpi Acun, bukan mimpi Ibu.."

Dia jawab,

"Kan Ibu ada dalam mimpi tu jugak. Kita kan mimpi sama-sama. Ada Acun, ada Ibu.. Ibu tak ingat ke??"

Oohh.. Itu kefahamannya..

I dream of you.
You dream of me.

Chumel sangat nih!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Lelah.

Baru mahu berangkat pulang dari pejabat. Lelah sungguh seharian ini. Menjelang month-end closing, dengan mengadap system upgrade untuk satu negara besar APAC, kalut kiri kanan depan belakang saya jadinya.


...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Babah.


Saya suka betul budak ini.

Dia panggil ibu, "Babu".
Dia panggil baby, "Bebe".
Dia panggil mak, "Mm-maa".
Dia panggil babah and others, "Babah!"

Jumpa kucing pun Babah.
Jumpa kambing pun Babah.
Jumpa tractor pun Babah.
Jumpa ombak pun Babah. 

Hahaha!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Santai.Di.Pantai


Hari yang mendung
Rasa nyaman duduk sahaja

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Ariana.Sofea

Sehari sebelum Aidiladha, saya terima panggilan dari mak.

"Baby dah keluar"

Sejak pagi, adik ipar whatsapp memberitahu adik saya, Linda sudah ditolak masuk ke labor room, ketubannya dah pecah. Saya menanti juga penuh debar berita selanjutnya. Lebih kurang jam 4:00 petang baru saya terima panggilan dari mak.

Alhamdulillah, bertambah ahli keluarga kami, walaupun en.aidh masih lagi kekal satu-satunya cucu lelaki. 

Oh! Birthday tahun Hijrah Ariana sama dengan en.aidh! 9 Zulhijjah!

Hihihi. 


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Tengok.Kamera

Pagi-pagi pergi pantai nak tengok matahari terbit. Tapi tak nampak sebab kabus / jerebu tebal. Dapat capture matahari bila dah tinggi. 


But nevertheless, dapat tangkap gambar ni. Pandai betul tengok kamera. 😄


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

My.Naughty.Boy


Makin buas
Makin nakal
Makin bijak
Makin mencuit hati

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Breakfast


Apa nak makan ni..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Happy.35


Happy Birthday, En.Eid

Semoga terus dikurniakan kesabaran yang tinggi dalam melayan karenah isteri dan anak-anak.

-----

Tahun ini sambutan di Colmar Tropicale, Bukit Tinggi. Pergi bersama anak-anak berempat dan adik en.eid, eiza.

Semalam, tiba di sini sekitar jam 4:00 petang. Selesai urusan check-in, mula menjelajah jalan pendek di kawasan Colmar. 

Kali ini saya mahu letakkan gambar-gambar sebanyak mungkin. 

:)






  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

10.Tahun

10 tahun tinggal bersama housemate.


Tahniah untuk kita berdua!

Semoga kita baik-baik sahaja menghadapi segala yang mendatang. 

=)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Langit.Pagi


Matahari baru mula menunjukkan diri. 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Mengantuk.

Kepala tingtong.


Ada 120 pending alert to close by Jumaat ini. 

118 bukan di bawah region / negara kelolaan saya tapi perlu menghulurkan bantuan untuk menyiasat dan menyelesaikan setiap alert.

Politik berbeza di team ini. Saya punya rakan sejawat yang buat masa ini pandang rendah mengenai kemampuan saya.

Kalau becakap, minta menang sentiasa.

Bukan mahu dengar bicara balas dari sesiapa pun.

Hrm..

Pengurus minta saya luah secara berdepan mengenai ketidakpuasan hati, tapi saya kira dalam keadaan sekarang seperti tindakan yang sia-sia.

Tunggulah nanti. Saya beri masa, dan tentukan samada mahu telan atau saya muntahkan kepadanya nanti.

Sekarang, sabar dan minta pada Tuhan agar dapat terus sabar.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Anxiety.Disorder

Cuti raya saya berbaki sehari lagi. 


Sejak bercuti, saya masih belum berjaya memujuk diri melupakan hal pejabat. 

Sekarang, seharian sakit kepala.
Perut memulas-mulas..
Hati berdebar-debar..

Macam-macamlah.. 

-_-'

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Salam.Aidilfitri


Dari saya, 

Aidh Zain Al-Abidin Mohd Aidil
^_^

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Acun.Nak.Catap.Citet

Pada satu malam, en.eid sedang melayan hal kerja di laptop. Cik.airis datang menegur,


"Babah denyar ni Acun nak catap citet."
"..."
"Babah denyar la niii!!"
"Aa.."
"Babah denyar la Acun nak catap ni.."
"Hisshh.. Aa, Acun nak cakap apa??"
"Acun nak cataaapp.. Rahsiaaaa.."
"Hah?!"
"Acun nak catap rahsia. Tu je.."

Terus dia berlalu pergi. 
Hoih! 
Panas je hati melayan budak ni tau! 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Pencuci.Muka

Dua malam sudah, sejurus selepas menurunkan mak di hadapan surau untuk terawih, 


Cik.Aira: Ibu, jom la kita keluar.
Ibu: Nak pergi mana malam-malam ni?
Cik.Aira: Kita pergi cari pencuci muka.
Ibu: Hah? Pencuci muka apa ni?
Cik.Aira: Ala, lepas makan kan kita makan pencuci muka. Macam buah ke, aiskrim ke.
Ibu: Itu namanya PENCUCI MULUT, kakak, bukan PENCUCI MUKA. 

-__-'

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Perlu.Petunjuk



Belum sebulan kembali ke "team" lama, saya rasa begitu terdera. Masuk tatkala pelbagai projek-projek mega dilancarkan, dan saya perlu bertanggungjawab semasa "stabilization period". "Stabilization period" memanglah fasa ribut taufan! Minggu lepas, 3 hari saya tiba rumah sejurus selepas azan Maghrib. 

Rutin malam saya semakin sibuk. Kerja sekolah cik.aira dan cik.aish bukan sedikit nak dihadap, dan saya lakukan seorang demi seorang. Sementara tunggu giliran, seorang dah terlelap. Kesian saya menengokkan. Biasanya hampir jam 10 malam juga selesai keduanya. 

Mak sudah bingit di telinga meminta saya  mencari kerja lain, lebih dekat dengan rumah, lebih banyak masa dapat diluangkan untuk anak-anak. 

Aahh.. Kalaulah semua perkara semudah yang kita inginkan itu menjadi. 

Perlu petunjuk..
Perlu petunjuk..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Bujang.Sorang



Apa dia kira.
Kalau nak mesti dapat.
Kakak-kakak dah banyak serah aduan dan laporan.
Semua saya "case closed" dengan frasa 

"Sabarlah.. Dia kecik lagi.."
"Hiiyy, ibu niiii.."

Nakal dia adakala melampaui batas kesabaran. Tapi bak kata mak

"Bujang Sorang"

Memang untouchable la kawan..

-__-!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Challenges



Sedang menunggu di ruang menunggu Bilik X-Ray, Nilai Medical Center. 

En.Eid jatuh longkang pagi tadi. Mengadu sakit belakang, bergegas saya pulang. 35 minit rekod perjalanan dari Petaling Jaya ke Nilai. Agak laju. Semoga tiada yang menyumpah cara pemanduan saya yang menyelit-nyelit tadi. 

Petang ini ada laporan keputusan peperiksaan sekolah KAFA. Perlu ke sekolah pula selepas ini.

Perlu kekal cergas ni! 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Nasik.Lemok.Ikang


Hati gembira dapat menikmati nasi lemak dengan sambal ikan tongkol pagi ini.

Walaupun bukan tanah asal saya, Dungun belum pernah gagal membuatkan saya rindu untuk kembali. 

:)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Kembali

Selepas 2 tahun, saya diminta kembali ke  jabatan lama.


Diputuskan oleh pihak pentadbiran, saya akur sahaja. Katanya, saya berupaya memberikan lebih dari apa yang diberikan sekarang sekiranya berkhidmat di jabatan lama. 

Rasminya, pertengahan Jun ini saya akan memulakan tugas kembali di sana. Namun seperti sudah berkuat kuasa serta merta, pengurus jabatan lama sudah mula melibatkan saya dalam pelbagai urusan.

Saya kembali nanti dalam keadaan yang banyak beza. Jumlah "direct report" lebih dari apa yang saya pernah pegang di jabatan itu sevelum ini. Gred juga satu tangga lebih tinggi, saya kira "expectation " nya juga lebih tinggi.

Doa banyak-banyak. Cabaran di hadapan bukan sikit. Keyakinan ada sedikit goyah. Tapi jauh di dalam hati, ada yakin yang tersemat. 

Moga yang baik-baik sahaja untuk saya.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Pencuri.

Pada suatu malam,

Cik.Aira: Ibu, rumah kita ni dimasuki pencuri ke?

Ibu: Huh? Kenapa?

Cik.Aira: Sebab jadual sekolah kakak hilang. Kakak letak atas meja ni semalam, malam ni dah takde pulak.

Ibu: Hah?! Kakak rasa pencuri tu nak buat apa dengan jadual sekolah kakak?

Cik.Aira: Pencuri tu hilangkan jadual sekolah dia, lepas tu dia ambik la jadual kakak supaya dia boleh susun buku untuk jadual esok.

Ibu:...

-__-!

posted from Bloggeroid

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Bila.Nak.Sampai.Ni



Plaza Tol Sungai Besi.
Sejam.

Tiada sebarang maklumat apa yang terjadi di depan sana.

Argh!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Pantai.Teluk.Lipat



Melayan anak-anak bermain layang-layang ketika pulang ke Dungun tempohari.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Hari.Pertama.Sekolah



Cik.aish memulakan hati pertama di tahun 1.
Cik.aira di tahun 2.

Budak-budak dah settled down dalam kelas masing-masing. Saya menunggu di kamtin sehingga habis sesi.

Mengantuk.

(-_-) zzz..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Salam.2015

Hampir setahun.

Rasa desak menulis itu hilang.
Rutin harian terlalu padat.
Bila ada waktu senggang, hanya mahu duduk, baring, lelap mata.

2014 berlalu dengan pelbagai peristiwa.

Januari, cabaran cik.aira di tahun 1. Hari kedua persekolahan, hari pertama menaiki van sekolah, dia "hilang". Pakcik van kembali ke rumah menyatakan cik.aira tidak ditemui. Bergegas saya, en.eid, mak ke sekolah mencari. Hampir tiba di pintu pagar sekolah, cik.aira berlari menjerit girang.

"Maakk! Kakak tengok ikan dalam kolaaamm! Seronok sangat!"

-__-!

Bulan ini juga, en.aidh dimasukkan ke wad kanak-kanak di Nilai Medical Center. Batuk selsema berpanjangan. 5 malam berkampung di hospital.

Februari, family vacation ke kota kinabalu - kundasang. En.aidh berumur 4 bulan, pertama kali menaiki pesawat. Mujur elok perangai sepanjang hampir 2 jam penerbangan. Bermalam di kaki gunung kinabalu. Pagi bangun awal mengejar melihat puncak gunung sebelum ditutup kabus sepanjang hari.

Malam itu, di buletin utama, tersiar berita wanita warganegara German jatuh dari puncak gunung.

Aiyoo!

Jun, membawa en.aidh pulang kali pertama ke Dungun.

Julai, menyambut Aidilfitri di Dungun. Sekeluarga dengan tema merah - hitam. Kali ini 6 beranak, en.eid bukan satu-satunya berbaju melayu kali ini. =P

Ogos, menyambut ulangtahun kelahiran en.eid di Bukit Fraser.

Oktober, en.aidh injak usia setahun! Tapi gigi baru tumbuh 4 batang, dan tiada tanda-tanda mahu berjalan walaupun sudah boleh memanjat tinggi.

Disember, majlis perkahwinan linda dan reez di Nilai Springs Golf Resort dan Desa Moccis, Sungai Buloh. Mak lega. Selesai semua anak-anak dah kahwin.

Tahun 2014 juga mencatat peningkatan gred saya di pejabat. Juga meningkatnya tanggungjawab. 18 orang direct reports, angka terbesar yang saya perlu ketuai kini.

Cabaran menangani manusia, pelbagai peel dan cara fikir, saya perlu selarikan supaya tidak bertingkah dan bertelagah.

Kesimpulannya, 2014 diisi dengan pertambahan tanggungjawab di rumah dan pejabat. Cabaran berat juga bila saya perlu imbangkan masa antara keduanya. Sehingga hujung tahun pun, saya masih berusaha mengagih masa sebaiknya.

2015, cik.aish pula melangkah ke tahun 1. Tidak kalah juga cabaran saya tahun ini.

Semoga dipermudahkan.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS