Tengok.Laut



Cik.aira tengok laut .

Di tanjung piai resort.

Ini gambar ahad lepas.

Posted via Blogaway

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Here.



Cuba cari di mana.

;D

Posted via Blogaway

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Danga.Bay



Yeay!

Made it here.

Sekarang tengah tunggu dinner.

Ordered ikan bakar set.

Menu macam yummy!

=D

Posted via Blogaway

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Nouvelle.Hotel



Check in sini malam ni.

Jalan-jalan hujung minggu.

Harap-harap malam ni dapat ke danga bay.

Posted via Blogaway

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Pantai.Kelanang



Perjalanan tak dirancang.

Selepas makan tengahari, kami pakat pergi berjalan sebab kalau balik rumah dalam keadaan perut kenyang, mesti tiada aktiviti lain selain tidur.

En.eid ajak ke banting. Ok!

Tak lama pun masa diambil dari nilai ke banting, menyebabkan kami teruskan perjalanan sehinggalah kami tiba di sini.

Pantai Kelanang.

Pertama kali tahu.

Sebahagian pemandangan penuh kapal kargo.

Pasir pantai penuh selut.

Air laut tenang tak berombak.

Kami dihiburkan kanak-kanak berlarian bermain selut diiringi dendangan lagu dangdut.

Priceless, kan??

=P

Posted via Blogaway

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Nasi.Goreng.Ibu.Mertua

rumah penuh di hujung minggu.


keluarga dungun datang menziarah. 

en.eid haruslah seronok sebab mak ayah dia datang. 

tapi saya tak kurang juga.

mendambakan nasi goreng "signature" ibu mertua saya, sejak sekian lama.

berjaya sarapan pagi dan makan malam dengan nasi gorengnya.

biarlah perut rasa santak, full-packed, bloated pun.

saya tak kisah.

kalau nasi goreng boleh disejuk-bekukan, mahu sahaja saya pesan ibu mertua masakkan untuk stok 6 bulan.

saya sanggup beli peti beku besar macam nak jual aiskirm tu!

apa ada dalam nasi goreng tu?

eh, saya tak tahu, dan tak mahu ambil tahu.

sebab bila dah tahu resipi, rasa macam segan pula nak meminta-minta ibu mertua masakkan lagi. 

hihihi..

=P

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Tayar.Ketiga

selalu berada dalam keadaan serba-salah bila situasi kita macam third wheel.
bukan semestinya antara orang bercinta.
dalam sebarang perhubungan pun.

nak-nak kalau ada perbahasan / perdebatan antara dua pihak tadi.
susah hati betul bila diminta pendapat kita.
haish!

nak lari, macam tak patut.
tapi, untuk kekal dalam perbahasan tu, merunsingkan.

=/

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Gemuk.


hari ni saya berniat tak makan tengahari.

sebab baju yang saya sarung hari ni, yang pada hari-hari sebelum ini longgar, hari ni dia macam muat-muat sahaja.

bila orang tanya, "kenapa tak makan?"

saya jawab, "tak selera makan. sebab dah gemuk."

sekali seorang teammate mencelah, "eh, i gemuk. i sangat berselera makan!"

oh, ryan..

that's not inspiring at all.

-_-"

Posted via Blogaway

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Jalan-Jalan.Hujung.Minggu

berada di luar daerah kediaman sepanjang hujung minggu. 

tujuan asal cuma nak ke rumah mak ngah di tapah. ada majlis perkahwinan sepupu saya pada hari ahad. alang-alang dah nak ke perak, kami sepakat nak memanjangkan langkah. biasanya cuma ke temoh, kampung opah. kali ni nak cuba pergi sampai taiping. keputusan ke taiping ni agak di saat-saat akhir. macam kejap nak pergi, kejap tak pergi, hari jumaat kot baru betul-betul "nak pergi!".

gerak dari rumah pukul 9:00 pagi sabtu. susur keluar tol taiping jam 12:30. terus cari makan tengahari. en.eid nak makan local dish, jumpa satu kedai sederet dengan SSL Traders Hotel. nama kedai: de'ja corner. en.eid makan nasi putih, ikan kembung bakar, dengan sambal belacan bacang. saya makan nasi ayam madu. cik.aira dengan cik.aish makan ayam goreng seorang seketul. cik.airis makan bekal cerelac.

lepas makan tengahari, teruskan perjalanan ke destinasi pertama. taman tasik taiping. tengahari buta pergi melawat tasik, apa hal la kan? sekali tengok, punya la banyak pokok-pokok besar meneduhkan jalan, memang kalau duduk masa matahari tegak atas kepala pun memang takde hal. angin agak kuat masa kitorang sampai. so, sangatlah best kalau dapat duduk melepak-lepak, tidur sedas dua ke.. =)


seterusnya, nak ke kuala sepetang. oo.. takde gambar sebab tak berjaya jumpa "kuala" nya. sampai ke hujung penempatan pekan kuala sepetang tu jumpa rumah je berderet sepanjang sungai. takkan nak mintak kebenaran kat tuan-tuan rumah tu semua nak masuk rumah diorang sebab nak tengok sungai kan. =P

baru tau rupanya pekan kuala sepetang tu didominasi kaum cina. ertinya nelayan-nelayan di situ kebanyakannya berbangsa cina la. jarang saya tengok / kenal orang cina jadi nelayan. india pun tidak. selama ni tau tu kerja orang melayu. -_-;

sebab tak boleh nak berhenti kat kuala sepetang tu, kitorang teruskan ke kota ngah ibrahim. tempat kesukaan "hantu sejarah" macam en.eid. jujurnya, kalau dia tak cerita pasal ngah ibrahim ni, saya tak tahu pun siapa dia. so, di bawah ni kota ngah ibrahim, rumah dia sebelum dia dibuang negeri ke singapura? kot. saya dan sejarah, memang tak boleh pergi. semedang tak ingat cerita. =/


selepas kota ngan ibrahim, ingatkan nak pulang terus ke temoh, rumah opah. jam dah pukul 3:00 petang. macam awal lagi nak balik. atas plus highway, en.eid ajak turun di kuala kangsar. nak tengok masjid ubudiah, kuala kangsar. lepas ambil gambar sekitar masjid, hari mula nak gelap. baru gerak balik ke rumah opah. 


secara keseluruhannya, kitorang suka nak kembali ke kuala kangsar. macam menarik dan cantik pemandangan di persisiran sungai perak, di situ. =D

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Half.Day


Hari ini cuti separuh hari.

Hari isnin pula cuti sepenuh hari (dan sepenuh hati) :)

Makin lama makin hilang perasaan nak kerja.

Sangat tidak bagus.

Haaahh..

Posted via Blogaway

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Fisio.



Tengah tunggu giliran.

Kali pertama ber"fisioterapi".

Berdebar-debar nih.

Huhuhu..

Posted via Blogaway

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Pant-less.



Bawak lari seluar sebab takmo pakai. Pehal ntah budak sorang neh.

Posted via Blogaway

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

In.The.Dark



Main-main dalam bilik gelap. Cik.airis cuba detect dari mana arah cahaya flash datang.

Hihihi.

Posted via Blogaway

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Lelaki? Perempuan?



Selepas beberapa kali disangka lelaki, saya cuba kepitkan sepit rambut di atas kepala cik.airis.

Nampak macam perempuan??

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Hon!


saya dihon semasa berhenti pada lampu isyarat merah. Malaysia dah tukar undang - undang jalan raya ke?

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Saya.Memang.Tak.Boleh.Pergi..


.. dengan orang yang suka merampus!

err.. merampus tu macam mana?

erm.. macam kalau orang tu tengah marah, dia lepaskan kemarahan dia dengan perbuatan yang agak melampau.

contoh perbuatan :

. hentak-hentak keyboard pc.
. hempas pintu
. campak kertas yang tengah bersepah atas meja.

ok, kalau kat rumah buat perangai merampus, itu saya kira sebagai "your own domestic issue". tapi saya sangat tak gemar kalau kat pejabat nak buat / bawa perangai merampus ni.

serius, saya benci!

bukan tak boleh marah. tapi perlulah ada kawalan diri sendiri. ini macam "perempuan gila tengah histeria" buat kerja menghentak-hentak sambil mulut nak memaki-hamun, apa hal?

dalam hal kerja, nak-nak dalam menangani perubahan ni, memang banyak ketidakpuasan hati. tapi tolonglah ada pemikiran, "if i cannot go against it, i go with it." sebab syarikat tu dibina bukan atas titik peluh awak seorang. tak payahlah beria-ia nak mengamuk macamlah saham syarikat akan jatuh menjunam andai kata awak melepaskan jawatan.

tak, ok!

isskk..

menulis dengan harapan nak melepaskan rasa. tapi sendiri pulak rasa nak merampus.

"ter"tekan kibod kuat-kuat sampai cik.aish tegur,

"ibu kenapa internet kuat-kuat?"

hihihi..

stop! stop!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

TGI.Friday's



Naahh..

Belom friday lagi.

Saje nak spend wednesday like its friday.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Nak.Masuk.Sekolah


Perlukan motivasi untuk terus bekerja.

Takde masalah pun. Tapi hari-hari takde semangat nak pi opis. Bila punch card masuk opis, menggelupur rasa nak punch card balik.

Cerita lain.

Dah hujung bulan 10. Lagi 2 bulan, bakal menghantar cik.aira ke sekolah tadika. Oleh sebab pilihan yang sangat terhad, mungkin cik.aira akan ke KEMAS sahaja. Berfikir juga untuk ke tadika lain, tapi lokasi sering menjadi isu yang membantutlan hasrat. Dan kami ibu babah cik.aira tak cukup berani nak lepaskan dia naik van / bas sekolah. 

Ah, rasa baru sahaja beranakkan dia. Dah nak masuk sekolah dah.

...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Boom.Boom.Cak!



Bangun dari tidur petang.

Bergolek-golek main boom.boom.cak!

Ini budak sangat suka dengan kamera.

=D

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Bukit.Beruntung



Menghadiri majlis kahwin kawan En.eid.

Lauk daging sedap!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Menanti.



Hujan malam.

Mencurah sudah sejam.

Langit kadang terang.

Ada kilat melintang.

Lihat hujan.

Lihat langit.

Duduk di sini.

Tunggu encik suami.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Balik.Kampung




Unplanned weekend trip.

Ada keperluan mendesak kena balik dungun.

Petang semalam, bawak budak-budak main kat pantai sura hujung.

=)


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Serabut.


Kepala sakit.

Rasa serabut.

Isk.. Sepatutnya kena pi check mata.

Tapi tak terbuat lagi.

Aa..

Kepala sakit.

..

..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Arineh.Cuti

menulis dari tan chong service center kat seremban.

arinih cuti lagi. minggu nih ada 2.5 hari je keje. syok sungguh perasaan. punye la pemalas.

hahahaha!!

secara tak langsung, sedang melatih budak-budak kat opis tu untuk survive tanpa azil jugak. mana tau kalau ada rezeki kat tempat lain, takde la teruk sangat team nak survive tanpa azil.

sekarang dah buleh declare masa-masa getir kat team baru nih dah berlalu. cuma tinggal nak mengadap isu-isu kecuaian je. so, lepas nih kalau ada isu, boleh start marah budak-budak neh. sebelum nih berkira-kira jugak. sebab diowang baru lagi. jenih buat keje for the sake of completing it. bukan paham sangat pun.

ada sorang budak semalam dah buat azil hangin. bila LEAN TEAM nak interbiu dia pasal task dia buat, dia bleh jawab,

"i'm still new! i don't know anythinng!!"

aih, dah 3 kali dapat gaji nak claim new lagi ke?? serius rasa nak hold confirmation dia. supaya dia sentiasa rasa "new". =P

budak ni susah nak tune skek sebab dah kena "racun" dengan orang lama. orang lama yang sebelum berhenti, jenih suka nak cucuk,

"keje kat sini susah."
"the management is so teruk now."
"this task is difficult, you won't able to understand."
"this JP counterpart aa, so jahat one! always want to bully you one.."
...

owh, tak sanggup nak list down semua. orang lama tu baik dengan azil, tapi itu je satu sikap yang azil tak boleh nak pergi dengan dia. pessimist, dan dia pengaruh orang lain to accept kata-kata dia.

so, since dia blah, memang azil ada sedikit masalah handling budak baru yang sorang neh. bila buat error, merengek-rengek suruh azil jawab ke JP sedangkan JP would always prefer PIC untuk terangkan sendiri. bila azil suruh jawab sendiri, mula la merengek,

"i don't know how to reply.." dengan muncung-muncung mulut, bajet manja la tuh. =P

hiiyy..

eh, melarat-larat lak mengumpat.

keh keh keh..

kena stop! kena stop!

nak sambung baca buku.

=D

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

"Ibu, Balik!"

"mak sakit. dia muntah-muntah. busuk!"

itu dialog cik.aira pagi tadi. gesaan suruh pulang segera sebab mak sakit.

mak tengah tergolek sekarang ni. demam, cirit-birit, muntah-muntah.

tetiba je kena keracunan. sorang dia pulak tu. sedangkan semalam sampai hari ini, apa sahaja yang dia makan, dimakan sama oleh cik.aira atau cik.aish. tapi mak sorang yang keracunan.

hrrmm..

so, arinih azil kena emergency leave half day.
ada closing pulak tuh.
harap-harap semua ok.

oh yea. tadi diperkenalkan dengan budak baru yang akan handle JP.
isk.. 1st impression, sangat tak meyakinkan!
tapi 1st impression azil memang semedang takleh nak diharap. f(^-^;
so, semoga semuanya baik-baik saja.

amin.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Ampun.Tuanku!


dan pada satu hari, azil ada terdengar seorang pakar motivasi beritahu untuk beri galakan dari kecil atas apa yang dia suka.

kalau anak nak jadi cikgu, panggil dia "cikgu!".
kalau dia nak jadi doktor, panggil dia "doktor".

so, azil pun nak la jugak bagi galakan ke budak-budak nih.
cuba la tanya ke cik.aira.

"kakak dah besar esok nak jadik apa?"
"errmm.. permaisuri." sambil membetul-betul cekak rambut berbunga besar atas kepala.

ah, sudah!
bihtu nak panggil apa??

"ampun tuanku!"

=O

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Lunch.



Kat kfc, reatoran jejantas sg. buloh. On the way balik ke nilai selepas ziarah nenek kt hospital sg. buloh.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Demam.



cik.aira dah seminggu batuk-batuk. Kadang-kadang demam bila tedo malam ke pagi.

Hari ni, cik.airis mula panas badan. Kadang-kadang dia batuk berselang batuk cik.aira. Kesian budak kecik nih.

cik.aish??

"aish ok je. " kata dia.


=P

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Lepak.



Tengah melepak dalam keta dengan full blast ekon. La neh ada kat wedding kazen en.eid kat paka. Sangat panas, so cik.airis jadik kurang selesa. Tuh bawak lari masuk keta. Skang dok layan dia main-main wet tissue pulak. =)

Esok balik nilai. Camne la trafik esok nih, agaknya..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Salam.Aidilfitri

raya pertama di nilai saja.


esok baru balik ke kampung mak di temoh, perak.

lusa pulak ke dungun, terengganu kampung en.eid.

ahad baru balik semula ke nilai.

jauh perjalanan raya kali ini.

semoga dipermudahkan.

amin.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Bahagia.


Finally..

Last working day sebelum raya.

Pegi balik keje dalam keadaan trafik yang aman, sangat membahagiakan.

Workload yang tak berapa membebankan pun, membahagiakan.

Yang paling bahagia, untuk tau akan kembali ke pejabat pada isnin depan.

Yeay!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Gatal.Mata

sejak awal minggu, mata kiri sakit.


bermula dengan rasa tak selesa dalam mata. macam ada pasir. bila makin pedih, azil balik awal petang tuh dari opis.

pegi klenet, doc cakap ada infection. mungkin masuk habuk atau azil genyeh kuat sangat. part genyeh tuh memang ada lojik. sebab mata selalu gatal-gatal, so memang selalu genyeh.

doc kasik mc until selasa.

so, selasa cuti.

rabu, keadaan tak semakin baik pun. malahan, mata kiri tuh bengkak pulak! kat sebelah kelopak mata. pi jumpa doc lagi. kali nih ada tambahan ubat. ubat "surut bengkak" kata doc.

rabu mc lagi!

khamis bangun pagi, bengkak tak surut pun?

tapi takmo pi doc dulu. makan je ubat surut bengkak dan pegi pejabat macam biasa. tapi tak tahan lama. setengah hari. dah cabut balik. gatal-gatal, sakit bila gerakkan bola mata.

klenet lagi.

"makin teruk ye. start makan antibiotik lah. mc sampai esok."

so, khamis mc.

jumaat pun mc.

duduklah di rumah. kena banyakkan pejam mata. dan kurangkan menggenyeh.

tapi isskk..

serius tak tahan.

gataall..

p(>o<)q

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Happy.31st

untuk en.eid.


semoga apa yang datang dalam hidup ini akan sentiasa dipandang dari indahnya.

=)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Tolong.Blah


Sekarang ada kat parking alamanda, putrajaya. Tengah tunggu linda pi buat reservation untuk berbuka puasa kat jm bariani next week.

Tadi masa tengah load barang dan cik.airis dalam keta, ada beberapa driver yang samada memperlahan kereta atau hon chumel-chumel untuk tanya kalau azil nak keluar.

Geleng kepala.

Dan diorang macam paham sebab diorang blah tanpa banyak cerita.

Sekali ada satu driver, terus berhentikan kereta kat depan kereta sebelah. Kasik signal kiri. Dan driver lintangkan tangan kiri ke belakang seat sebelah dia macam nak buat reverse parking dah ni. Azil buat tatau je.

Dah sudah load barang dalam keta, azil masuk kereta main henset. Sekali kereta tu mengundur ke depan kereta azil sampai sisi driver tu setentang dengan azil.

Azil pandang. Dia buat isyarat tangan keluar. Azil geleng, dia buat muka tak puas hati, angkat tangan yang azil terjemahkan sendiri sebagai, "apa aa penat orang tunggu lama tapi tak kuaaarr..", pastu dia blah laju-laju.

Hek eleeehh.. Sape kata azil nak kuar entah.

Blah la weih!

:-P

Posted via Blogaway

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Jammed.Jugak!


Pi keje pagi ni, sengaja kuar lambat sebab bajet jalan clear sebab nuzul al-quran. Tapi tak jugak. Jammed cam biasa kat lebuhraya kl-seremban tu. Baru teringat.

"kl tak cutiii.."

Sibbaik situ je jammed. Masuk seputeh, jalan clear. Masuk fed hiway, jammed sekejap sebab banyak kereta nak masuk bangsar, pastu sangat-sangat clear tahap nak lalu lintang-pukang dalam 2 lane pun takde hal.

Hrrmm.. Nape ntah nak bawak keta cam orang mabuk minum todi tuh..

-_-;

Posted via Blogaway

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

6.Years.

Marked!

Kalau boleh disimbolkan dengan sebatang pokok, azil akan toreh kat batang pokok:

"azil n en.eid wuz ere"

Hahaha!

Ala-ala zaman high school.

=P

P/s: eh, tolong jangan toreh batang pokok ye. Tak baik.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Dah.Tua


Lepak kat umah. On medical leave. Perut mulas-mulas cam nak uk-uk tapi bila lari pi toilet, takde hasil.

Mengecewakan.

Jumpa doktor.

"taknah lak saya puasa jadik camni."

"laa.. Umur meningkat, perut pun bukan selamanya sihat."

Duh!

Nak kata azil dah tua??

=/

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Gila.Ke?!

hrm..

hajat di hati tadi nak tulih entry mengamuk-ngamuk pasal sorang mamat yang mungkin gile, bawak keta dengan satu tangan pegang henpon kat telinga dan satu tangan lagi menekan-nekan hon macam tengah histeria sorang-sorang dalam keta tuh. entah-entah sungguh dia kena sampuk kot.. serius dia bawak keta dengan sangat biadap!

tapi, malas aa nak citer pasal dia..

citer pasal keje, cam semakin bertenang. hopefully, boleh declare stabilization period dah semakin aman dan bertenang. next month, stage 2. nak train back-up pulak. raya tahun ni jatuh masa august month-end closing. so, sure akan kalut tak hingat. =/

adoih! pikir saje dah menyakitkan kepala. takpelah.

takyah pikir lagi.

rilek-rilek dulu.

arinih kan jumaat..

:)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Lunch.



Lapa!! Lapa!!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Holloh.Holloh



Kemain lebar bukak mulut bila panggil nama dia. Tapi still tak kua suara.

=p


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Manufacturing.Plant

cik.aira: ibu, kakak nak rabbit la.

azil: hrm.. kena beli la. nanti tanya la babah.
cik.aira: alaa.. tak payah la beli. ibu mengandung la baby dia.

weh.. cik.aira ingat azil neh manufacturing plant ke? buleh main produce je "sebarang" model? dan dalam merungut-rungut sorang, sekali..

cik.aish: aish nak kataaakk..!!

ooii!!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Think!

kisahnya..


rasa terlalu down dan hilang semua semangat berjuang nak meneruskan keje kat opis tuh.

dengan segala keje tertunggak, keje baru, escalations.. dah tak terhadap dah.

samada perlukan motivasi untuk terus kekal, atau "motivasi" untuk mula pikir next terminal.

ingatkan nak bagi diri sendiri sampai ujung tahun, at least.. untuk stabilkan keadaan.

mengadap keje tahap 24/7 skang neh. recently JP pi restrict masuk system on weekends. bila login system, dia bleh tulih "user inactive". mesti sebab azil selalu login system on weekends and kacau IT team JP nak buat loading ke mende ke..

so, even selepas 2 bulan sejak balik maternity leave arituh, things bukan saje takleh nak stabilize, tapi makin worse, azil jadik sangat-sangat penat. been taking work back home ever since, ngadap laptop on weekends, performing tasks during leave even mc.

dan paling azil sedih, bila azil dah missed a lot on development anak-anak, sampaikan aira "tiba-tiba" boleh tulih hurop "A" without sape-sape ajar, seriously azil rasa saaaangat bersalah!

biorla kalau dia gifted pun untuk pandai sorang-sorang without me showing her how, tapi azil nak jugak involve dalam hidup anak-anak.

azil takmo la "sejarah berulang kembali". bila masa kecik, mak ayah azil sibuk keje, azil membesar kat tangan orang lain. dan ada jugak sekali tuh untuk satu tempoh masa, azil regards nanny azil as my own parents. kalau ada aktiviti ko-ko kat sekolah, update je my nanny. she'll arrange sape nak hantar, mana nak lunch, check on duit belanja segala. azil cuma happily pi buat apa yang kena buat, and my mom just get my nanny paid for that.

tapi, bila dah beranak-pinak nih, azil decide takmo la anak-anak lalu apa azil lalui dulu. nanti tak rasa "ikatan" ibu-anak tuh. sebab dari kecik, azil tak involve dalam tumbesaran diorang.

tapi macam mana nak spend quality times dengan diowang kalau dalam tidur, dalam jaga, azil ingat keje je.. dan bila akhir-akhir ni pulak Tuhan sempitkan sikit rezeki, terus realize cam, "see.. ko keje la tunggang-langgang doploh ampat jam sehari pun, kalau tak berkat, ko takkan dapat."

naper tak berkat? dah tu, bila balik umah, anak-anak nak manja-manja, asek me"reject" saje.

"ibu busy la."
"ibu nak wat kije aa.."
"ibu penat aa.. nak tedo.."

anak-anak pun mesti rasa tak syok. dan kita tatau apa entah yang diowang cakap yang mungkin merupakan doa yang dimakbulkan.

one time, cik.aira penah komplen,

"kakak bosan tinggal umah ibu tu. kalau dia balik, asek laptop, tedo, laptop, tedo. kalau tengok kakak main, dia jerit, "kemaaaasss..!!"."

ok, itu dari mulut budak 4 tahun. =(

orang lain dengar buleh la rasa lawak.

tapi, makan dalam neehh..

so, lets start from pro vs con list!

"nape nak berenti keje?"
"sebab saya nak masa berkeluarga di samping pendapatan yang tinggi."

heh, ada ke kompeni nak ambik neh?? f(-_-;

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Arsene.Wenger



Tolonglah percaya. Yang cenonet tetengah gambar neh..

Its him.

For real.

Location : Kuala Lumpur - Putrajaya Hwy, Bukit Jalil, Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur,
Posted via Blogaway

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

The.Reason



This is what i'm here for.

Location : Jalan Barat, Bukit Jalil, 57000 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur,
Posted via Blogaway

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Dua.Jam.Lagi



First time masuk, terus berjaya pijak padang!

Hensem sungguh jiwa ini.

=)

Location : Jalan Merah Cagar, Bukit Jalil, 57000 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur,
Posted via Blogaway

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Bunga-bunga.Di.Taman



Tak pernah tau cik.aira dah buleh melukis. Baru je tau dari mak cik.aira dah mula mengaji "Alif di atas aa.. Alif di bawah ii.. Alif di depan uu.. Aa.. Ii.. Uu.."

Balik keje malam ni, en.eid cakap, "kakak dah pandai lukis bunga."

Uiks?!

Last hasil lukisan dia, muka orang yang matanya atas dan bawah, hidung dan mulut di sisi. To know short after, dia tengah lukis orang yang tengah baring. =p

So, bila dia buleh mekukis camni, terasa sangatlah bangganya..!!

Cam nak jerit,

"Biar benar anak aku dah pandai lukis bunga setaman walaupun ada bunga yang takde kelopak langsung!"

Tapi, dia selalu je ada alasan atas semua tindakan. Untuk malam ini, azil takmo bertanya lanjut. Next time, maybe.

=)

Posted via Blogaway

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Tsk.

5:15pm kuar dari opis.


dalam masa 1 jam, pergi sejauh 3km sahaja!

adoilaa..

sampai sakit pala, rasa nak muntah bawak keta dalam trafik yang sangat sesak.

penyudahnya, sampai umah pukul 7:45pm.

2 jam sengah!

rekod..

p(>o<)q

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Road.Block


Pukul 6 pagi hari rabu dah start road block?!

Dah start "cleaning session" ke?

=p

Posted via Blogaway

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Cuti.


Emergency leave arineh. Mak demam, bersaing dengan cik.airis. Mak demam sebab makan durian ke agaknya? Lately memang dia banyak makan durian. Cik.airis pulak demam susulan kena injek semalam kot.

Esok ada con-call dengan jp.

Esok ada orang baru onboard.

Esok akan pergi keje dengan harapan semua akan kembali pulih.

Amin.

Posted via Blogaway

Posted via Blogaway

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Tunggu.Babah



Taken few days back at alamanda, putrajaya. Waiting for en.eid renewing my driving license.

Posted via Blogaway

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Tak.Larat

tak larat nak mengadu dan mengaduh hal kerja, bila tiada apa yang boleh diselesaikan.


buat keje ni, tinggal keje tu.
buat keje tu, tinggal keje ni.
berkejar-kejar mengejar masa.
tapi tertinggal jugak.

escalation dah ke peringkat agak tinggi pun, pusing ke orang bawah ni jugak.
aih, takkan la semua masalah pun saya nak hadap.

tak lalu laa..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Tertunggak.


Semakin banyak kerja tertunggak.

Semakin serabut kepala.

Posted via Blogaway

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Tiarap

celik je mata asek nak meniarap je.. dah lupa cara nak terlentang balik..


Published with Blogger-droid v1.7.1

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Pre.Birthday.Dinner



@ restoran urat keting, seksyen 7, bandar baru bangi.
Published with Blogger-droid v1.6.9

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Teman.Ibu



.. Wat keje..

Boooriinngg..
Published with Blogger-droid v1.6.9

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Hadap.Kerja

cuti dari menghadirkan diri ke pejabat.


yang betul-betul azil rasa cuti hanya lah pada pagi selasa lepas.

masuk petang hari selasa dan khamis, boss telefon memujuk pendekkan cuti, mintak masuk pejabat hari isnin depan jugak. azil sepatutnya masuk kerja hari selasa. macam banyak sangat beza masuk isnin ke selasa ke.. =/

tapi, permintaan ini, perlu azil tolak.

kalau nak persoalkan komitmen kerja, tak cukup ke azil mengusung laptop balik ke dungun ni, dan membantu operation tasks serba-sedikit, dan melayan call bila masa boss mintak..? ini pun dia mintak jugak support kerja untuk pagi isnin depan.

sabitkan memang takde sape tau kerja tu melainkan azil, gagahkan je la buat. PIC dia berenti kerja arineh. takleh nak kata apa.

nakamura skyped azil petang tadi. terkejut dengan pengumuman kawan yang berenti keje arineh. pada masa yang sama, risau kalau azil pun akan ikut jejak diorang yang lain.. azil jawab,

"tipula kalau saya cakap yang saya ok kat sini. tapi entah mengapa, saya masih lagi nak berusaha di sini.."

nakamura cakap dia dengar azil kena keje walaupun tengah bercuti. dia pesan, rilek-rilek je la.. jangan la hadap kerja je..

hrrmm.. kalau la dia tau betapa azil berharap azil pun boleh "rilek-rilek".

buat masa ni, azil anggap, belum masa nak rilek-rilek. sampai bila, azil tak sure. tapi gagah je la dulu..

kalaulah semua dah cukup dan lengkap, azil harap azil dah tak payah nak hadap bangunan pejabat tuh pun..

=P

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

S.



Sand + Sea + Sky + Sun = Serenity B-)
Published with Blogger-droid v1.6.9

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Tak.Senonoh

Published with Blogger-droid v1.6.9

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Sunset.



@ 9avenue, nilai.
Published with Blogger-droid v1.6.9

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Last.Man.Standing

semalam, ahli terakhir yang tinggal in servicing JP, meletakkan jawatan. dengar cerita boss, kawan tu dapat tawaran ke tempat x-boss azil. dan berita menyakitkan, dia behenti dengan notis seminggu!


azil dan boss dah jangka dia akan berhenti, cuma menunggu tawaran sahaja. tapi notis seminggu?! syarikat baru sanggup membayar 2 bulan gaji, dengarnya.

adoi..

boss cakap, kali ini, svp kami akan bertemu orang yang bertanggungjawab "membeli" kawan azil nih. orang tu, x-vp tempat keje azil sekarang pun. so, they keep in touch even x-vp tu dah tak keje situ lagi. svp azil nak mintak at least bagi la masa sebulan supaya kitorang sempat hire, train orang baru.

until today, tatau la apa outcome dari perbincangan tu.

x-boss pernah called azil dan tanya, "awak tak nak move out ke?"
dan azil penah jawab, "kesian kat sw kalau saya blah, boss.."

dan bila sw dah finally tendered, azil masih lagi keberatan nak blah.

sebab rasa bersalah dan bertanggungjawab pulak kat team sekarang. team baru nih, walaupun ada segala macam masalah, tapi azil percaya boleh dijayakan.

kami ada masalah orang yang berhenti keje, ada masalah orang yang nak diberhentikan keje, ada masalah orang yang mc setiap isnin, ada masalah orang yang asek nak pass keje dia ke orang lain..

tapi, semakin lama we are building trust in each other. walaupun telah "dipaksa" berpecah dari team lama dan bersatu dalam team baru yang entah sape-sape je dalam tu. mereka ini, dalam keterpaksaan itu, mampu untuk terbuka hati menerima perubahan, dan gap antara kami semakin kecil untuk mendapatkan keserasian.

mungkin kesatuan itu belum cukup kuat, tapi azil harap azil dan ahli-ahli yang lain, akan cukup kuat untuk menguatkan team yang baru ni.

it's not going to be easy, but i don't expect it to be. =)

pertama kali ditinggalkan, rasa sedih dan tertekan. tapi bila dah berlaku dengan agak kerap, azil jadik immuned dan hati pun jadik kering.

bukan tak sedih, tapi mula nak percaya, hidup ini atas masing-masing untuk tentukan jalan hidup mereka demi diri mereka sendiri. apa hal plak diowang nak stay just because azil akan rasa sedih kalau diowang blah kan? =P

so, people who left, and will leave,

"all the best!"

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Gelak.

Mulut je bukak luas, suaranya takde.

Published with Blogger-droid v1.6.9

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Another.One.To.Go

seorang lagi kawan pejabat meletakkan jawatan. pun, seorang yang rapat. dia masuk kompeni tu lambat sebulan dari azil. kitorang co-host satu task sebelum dia diberikan task lain. sepanjang hampir 4 tahun ni, kitorang tak pernah duduk jauh. antara duduk belakang azil atau depan azil.


dia agak makcik, dan banyak bercakap. cepat panik, gelabah, dan suka komplen semua benda. tapi dia ada jiwa yang sangat mengambil berat hal orang lain. dan azil sangat hargai benda tu. ada je masalah, luahkan je ke dia, dia selalunya bersedia nak mendengar.

tapi sejak "management restructure" bulan november lepas, hidup dia kat pejabat tu menjadi sangat-sangat tak bahagia. hari-hari, hampir setiap jam boleh dengar dia bercakap pasal segala yang bersifat negatif je. kesian azil tengok dia.

azil tau dia tak boleh terima perubahan yang berlaku, tapi azil agak tak sangka dengan keputusan yang dia buat..

so, jumaat lepas akhirnya dia pun tender resignation dia. dan habis hati dapat meluah semua yang dia tak puas hati kat bos. antara yang dia cakap,

"i've lost my familly here. the management has broken us up."

jujurnya, bila dengar ayat tu azil terus sebak. indeed, azil hilang beberapa orang yang rapat sejak perubahan ini.. dan bilangan itu akan bertambah..

(T_T)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Bukan.Saya.Punya

Sedang test stroller mana yang sesuai. Tetiba baru perasan.. Legging sape cik.airis sarung neh?? Tak penah nampak pun. ( ̄▽ ̄;)
Published with Blogger-droid v1.6.8

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Kena.Hit

Seorang macik telah terlanggar bumper depan keta azil. (>_<)
Published with Blogger-droid v1.6.8

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Flower.Girl

B-)
Published with Blogger-droid v1.6.8

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Bahagia.

bergolek-golek di pagi ahad memang sangat membahagiakan.

:-)

Published with Blogger-droid v1.6.8

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Family.Gathering


.. Of Ngah Mat Seh, where i'm the 5th generation of him.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Kawan.Baru

bukan budak-budak tuh yang dapat kawan.


azil yang dapat kawan baru. hrrmm, apa la big deal sangat umo dah 30 lebih nih nak kecoh dapat kawan baru, kan?

aa.. azil tak ramai kawan. tatau nape tak reti nak keep kawan. mungkin sebab takut nak berkawan. masa kecik-kecik, arwah ayah tak kasik berkawan-kawan nih. dia kata, kawan dalam hidup ni, datang dan pergi. benda dah lepas, takyah nak ingat-ingat. hidup je dengan siapa dan apa yang ada pada masa itu.

mungkin memegang pesan arwah ayah kot, azil jadi tak ramai kawan.

tapi kebelakangan ini, azil keep beberapa orang untuk menjadi rapat dengan azil. semua dari pejabat. dan awal bulan ni, salah seorang dah pergi bila dapat offer kerja kat tempat lain. lagi seorang akan pergi minggu depan, dan seorang lagi akan pergi by ujung bulan depan.

mengenangkannya sahaja dah buat hati rasa sunyi sangat. kadang-kadang sampai takde semangat nak pergi keje dah. =(

tapi, baru-baru ni azil berkenalan dengan seorang budak baru. dan entah macam mana, rasa senang berkawan dengan dia.. dan rasa sunyi dah terubat sikit.

at least, cukup la untuk buat azil bertahan dekat pejabat tu selama 8 jam sehari.

=)

najah, nice to meet you.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Makan.Burger.Sebulan

2-3 minggu lepas, bawak cik.aira jumpa paed. ada appointment untuk overweight problem dia. so, dokter nasihatkan la azil macam-macam pasal makanan apa yang digalakkan, yang tak digalakkan semua la.


"dokter cakap terus la dengan budak nih. dia bukan nak percaya saya cakap."

dokter gelak-gelak dan ulang nasihat yang sama dekat cik.aira.

"kakak kurangkan la makan burger, makan kentang goreng."
"kakak alejik ke?" (sebab sebelum ni dokter lain ada pesan suh avoid seafood sebab alejik).
"bukaaann.. nanti kalau kakak makan burger banyak-banyak, kakak gemuk, susah nak belajar."
"tapi burger tu sedap la dokter."
"ok. kakak makan, tapi sebulan sekali. boleh?"

cik.aira angguk kepala. senyum sebab dokter kata boleh makan burger. azil tak rasa dia tau apa maksud "sebulan sekali" pun.

balik rumah senyum-senyum, sebab kali ni dokter tak bawak masuk bilik prosedur untuk ambik darah. appointment sebelum nih, cil.aira kena ambik darah sebab dokter nak check untuk thalassemia trait. meraung-raung macam orang kena potong tangan takde bius je. =P

bila sampai umah, mak tanya apa dokter cakap,

"dokter tu baik. dia tak bawak pun kakak masuk bilik."
"iye ke? lagi apa dokter tu cakap?"
"eerrmm.. dokter cakap.. kakak boleh makan burger sebulan.."

uiks?

mak pandang azil. azil pandang cik.aira.

"weiy, mana ada! makan burger sebulan sekali je la!"
"no.. dokter cakap kat kakak sendiri. makan burger sebulan. ibu jangan tipu, ok."

dan terus dia suruh azil order cheeseburger mekdi.

suka-suka je tukar statement!

chiss!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Skin.Head


Huahuahuahuahua!!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Marhaban.


@ majlis cukur rambut airis & arissa.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Prihatin.


Budak opis yang prihatin azil tak lunch lagi, sedekahkan campbell's chicken soup. Rasa mengada-ngada tahap nak suruh dia bancuhkan sekali. B-)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Bukan.Hari,Jumaat.Yang.Bagus

hrrmm..


masalahnya, dengan diri sendiri. gigih nak buat keje sendiri even tak sure on anything pasal task tu.

azil neh kalau dibagi task baru, nak buat kena ada orang pantau tengok sume. takleh harap baca manual semata-mata. camner straight forward manual tu pun, sure blank jugak. confidence tu takde. bila takde confidence, mula la manual tulih mende lain, azil dengan hebatnya buat mende lain.

eh, tetiba teringat la. penah gak jadik beberapa kali. mostly, masa orang guide jalan. pantang orang kata, "jangan masuk simpang depan tuh.", kompom azil masuk je simpang tuh sampai sesat-barat. kalau orang pesan, "kat traffic light ambik kanan.", memang azil tak ke kanan. ntah mana-mana je azil pegi karang. otak takleh menerima arahan dengan betul?? alamak!

berbalik hal keje tadi, sudahnya, satu task, berkenduri dengan isu. kelat-kelat dah muka bos bertanyakan pasal isu keje arinih. sebab tak larat nak pikir, sengih-sengih je la.

"i'll answer you on monday."

dengan satu tangan seluk poket, lagi satu putar-putar kunci kereta.

pastu, blah balik umah dalam ujan lebat sampai tak nampak jalan masa nak drive tadi.

"cikgu" task neh kecewa sebab dapat student sengal cam azil.

original "task owner".. err.. azil akan dapatkan bantuan kecemasannya untuk closing 20th. "saya takkan (bodoh) sombong lagi.". ;)

one good thing came out dari hari yang tak bagus neh.

azil balik awal kul 5:30 petang sampai umah, main guling-guling dengan budak-budak.

muahahaha..!

it ain't that bad after all.

=D

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Mulut.Kakak.Ada.Raksasa!

cik.aira batuk-batuk. dah seminggu lebih. sampai suara serak-serak.


dia bercerita pasal kesakitannya.

"ibu, kakak batukla.."
"aa.. nape buleh batuk?"
"nih haa.. mulut kakak ni, ada raksasa."
"ha? raksasa apa?"
"raksasa duduk dalam mulut."
"raksasa buat apa duduk dalam mulut?"
"raksasa tu cakap, "hahaha! aku duduk dalam mulut kau! biar kau batuuukk..! padan mukaa kaauu!!" haa.."
"kakak dengar ke raksasa tu cakap?"
"dengar! cuba ibu dengar." sambil dekatkan mulut dia kat telinga azil.

sekali,

"hahahaaa!! padan muka kaaauu! aku raksasaaaa..!"

punyalah kuat, sampai rasa pekak kejap!

"apasal kakak jerit kat telinga ibu?!"

geleng-geleng kepala,

"bukan kakak, bu. raksasa.."

dengan muka tak bersalah.

asyik terkena je dengan kakak nih. isskk..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Shenyum-shenyum.


Dah pandai bergurau. :-)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Lunch.


@subway.

Reminds me of sha.
Get well soon, babeh!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

With.Cousin.Arissa


Paid a visit to cousin arissa at bukit antarabangsa, this evening.

Cik.airis conquered quite a large part in the photo. Itupun tak muat frame nak masuk tangan.

Ouch!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Two.Month

Weight: 5.5kg
Height: 64cm
Current condition: Fever at 37.7 deg.

Shian dia. Paling awal kena demam berbanding kakak-kakak yang lain.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Breakfast.

@ bangi kopitiam, nilai.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Penyu.Itu.Seafood

final monday before i hit the office this friday.


cam alang-alang sungguh kan nak keje jemaat je, pastu cuti balik sabtu ahad.

tapi takpelah. keje saje. bukan ada masalah yang nak kena extend cuti pun. =)

hari ni, bangun awal dari biasa. pukul 7 mak dah kejut bangun. sebab nak kena pi klenet pi register nama mak. klenet mak neh, bukaknya kul 9. tapi doc dia sampai kul 9:30. so, standby je tunggu klenet bukak, register nama, kul 10:00 kang pi balik antar mak pulak.

nak kena bawak cik.aira pi klenet jugak. mata bengkak. budak ni senang bengkakla mata dia. bangun-bangun tedo,

"ibu, mata kakak buta lagi la.. asek-asek buta je mata neh.."

aa.. dah banyak kali mata dia "buta" gini. nak kena tanya doc apa masalah dia.

tadi dia tanya,

"ibu, kakak tak boleh makan seafood kan?"
"haa.."
"seafood tu apa? siput ke?"
"bukan. seafood tu macam udang ke, sotong ke, ketam ke."
"oo.. penyu pun seafood la."
"ha? mana ada orang makan penyu."
"yela, tapi dia kan kawan-kawan dengan udang tu, dengan sotong tu."
"yela, tapi dia bukan food. kita tak boleh makan penyu."
"ala.. tapi penyu tu macam sedap je."

!!

teruk cik.aira neh. penyu pun dia nak sebat buat makan.

-_-;

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Keje?

baru sudah mailed bos dengan officer-in-charge team azil pasal tasks allocation.
petang semalam ada con-call pasal re-allocation of tasks.

last january, one of my teammates left the company but the management decided not to replace her, so her tasks need to be allocated among them who stay (while they're still here) =P

ramai benor nak berenti keje. tapi, syarikat takmo plak nak ganti orang. duh.

since bos azil nak balik kampung dia kat korea untuk 2-3 minggu, dia mintak advice on task allocation tuh dan reply to her by pagi ini.

sebab tak banyak yang azil buleh advise, dan perlukan input dari PICs kat office, azil open la untuk discussion arineh, in case diowang nak info apape plak.

dedikasikah?

ke, plain stupid?

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Checking.Out


Short trip yang superb.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Checking.In


at Legend International Water Homes, Port Dickson.

will be here until tomorrow.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Shizuoka.at.6.4

"mata ookii jishin!!!
kondo ha shizuoka!!!"

sebahagian dari mesej hashimoto, azil terima di henpon jam 10:04 malam tadi.

gempa bumi bermagnitud 6.4, melanda bandar fujinomiya, shizuoka. tiada amaran tsunami.

harap-harap kesan di shizuoka hanya minimal.

=(

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Weh.Wakpe.Tuh?


'weh wakpe tuh?'
'aish nak repair. rosak.'
'apa yang rosak?'
'ni haa.. dia bunyik-bunyik.'
'mana ada bunyik??'
'adaa..'

hisyh, apa saje la bunyik yang dia dengar neh..??

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Adik.Gatal.Shini

"ibu, ada shemuutt.!"
"mana?"
"nii.!!"

azil buang semut atas lengan bajunya.

"ibu, adik gatal shinii.." tunjuk siku, azil gosokkan.
"ibu, shini gatal jugak.." tunjuk tapak tangan, azil gosokkan.
"ibu, shini gatal jugak.." tunjuk leher. uiks? buang semut kat lengan baju, sampai ke leher gatalnye? takpe, azil gosokkan jugak.
"ibu, shini gatal jugaaakk.." tunjuk buntut. aih, ini sudah lebih.

pap!

azil tepuk buntut dia.

"mana ada semut!" azil sergah.

dia gelak-gelakkan azil.

ntah apape la cik.aish neh.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Dah.Ok.Dah!

Kena tahan dengan tangan sendiri supaya topi tak tutup lagi.

Keh keh keh..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS