Ini bulan harijadi anak-anak.
10 Januari 2012, Cik.Aira bertambah 5 tahun.
28 Januari 2012, Cik.Aish beralih ke 4 tahun.
31 Januari 2012, Cik.Airis menginjak 1 tahun.
Kepada Cik.Aira..
.. yang telah mula bersekolah, dan sudah ada social network sendiri, belajarlah berkawan dengan baik. Jangan mencari pasal dengan orang lain. Belajarlah menerima perbezaan. Bukan semuanya sama seperti kakak. Hormat orang sekeliling, dan tunjukkan contoh yang baik buat adik-adik. =)
Kepada Cik.Aish..
.. yang walaupun tidak sabar mahu bersekolah seperti kakak, sila banyakkan bersabar dan berlembut dalam perlakuan. Bila adik terlalu kasar dalam bercakap dan perbuatan, nanti Adik suah nak dapat kawan. Kita tidak mahu Adik nanti membesar sebagai orang yang dijauhi. Walaupun Adik ada valid ground untuk justify apa yang Adik buat, setiap perkara ada pelbagai cara melaksanakannya. sila pilih cara yang lebih lembut dan mendamaikan, walaupun cara itu jauh dari jiwa Adik. Belajarlah sebab Adik juga akan menjadi contoh dan ikutan oleh adik(-adik). =)
Kepada Cik.Airis..
.. yang baru-baru ini telah memulakan langkah pertama, walaupun langkahnya itu lebih pada rentak tarian, dan bukannya intention nak berjalan pun. Tapi tidak mengapa. Asalkan sudah tidak malas mengangkat kaki. Dan Ibu boleh laporkan ke doktor "Baby dah mulakan langkah pertamanya!" dengan bangga dan senang hati, semasa kita pergi mengambil suntikan MMR nanti. Semoga akan terus giat meneroka dunia kecil ini, rajinlah menyelongkar dan menyepah rumah andai itu adalah salah satu survival skill yang diperlukan. Rumah sepah? Tidak mengapa.. Nanti Babah kemas. =D
Untuk kesemuanya, semoga membesar dengan baik-baik sahaja.
Amin.
.. hopefully..
Hari ini menghadiri sesi terakhir dalam siri 3-sesi fisioterapi di Unit Rehabilitasi Hospital Putrajaya. Apabila tiba sahaja giliran dipanggil, doktor bertanya,
"Ada kurang tak sakit belakang?"
"Hum.. Kurang tahap saya tak mahu complaint apa-apa dah."
"Aa, kira last lah hari ni, ok? Kita buat hot pad sahaja lah."
"Ok."
Makanya, tadi hanya menjalani sesi hot pad sahaja. 20 minit. Selesai.
Senyum.
Semenjak bulan Ogos tahun lepas saya "menderita" sakit belakang yang agak teruk. .
Duduk lama, sakit.
Berdiri, sakit.
Duduk kembali, sakit.
Baring mengiring, sakit.
Terlentang pun sakit.
Sakitnya menyucuk-nyucuk ke tulang. Awal sangkaan,saya meneka mungkin masalah tulang belakang. Bila asyik mengadu sakit, dan berulang cuti sakit disebabkan masalah ini, selepas dibebel mak dan En.Eid, saya dapatkan surat rujukan ke Hospital Putrajaya untuk mendapatkan rawatan di Unit Ortopedik.
Oktober, saya ke Hospital Putrajaya dan diminta untuk menjalani ujian imbasan X-Ray. Keputusan menunjukkan tulang belakang saya "terlalu lurus" berbanding "piawai". Puncanya, kerana otot-otot di sekitar tulang belakang yang mengeras sehingga memaksa barisan tulang saya "melurus".
3 kali sesi fisio yang doktor sarankan di samping beberapa perubahan yang saya perlu tukar dalam kebiasaan postur saya seperti cara duduk, berdiri, juga berbaring.
Hari ini, selesai ketiga-tiga sesi tersebut dan 16 Februari nanti saya akan kembali ke hospital untuk satu lagi ujian imbasan X-Ray. Sakit, walaupun on-off, tapi tidaklah sekerap dan seperit dahulu. Diharapkan bentuk tulang belakang saya akan kembali ke "piawai".
...
Oh, Cik.Aira baru bercerita petang ini. Dia menangis di tabika hari ini kerana seorang kawan sekelas lelakinya mencabut getah rambut dan mencekik (?) leher Cik.Aira.
"Kenapa dia buat macam tu?!"
"Dia nak jadi Ultraman, Ibu."
Hrrmm.. Budak-budak bermain dan bergaduh. Perkara biasa sepatutnya. Tapi saya tidak senang hati takut-takut kalau Cik.Aira nanti membiarkan sahaja perkara jahat orang lakukan ke atasnya. Jadi saya ajarkan satu perkara,
"Kakak, kalau orang kacau kakak, tolong tolak dia macam ni." sambil tolak bahu Cik.Aira. Dia terdorong ke belakang.
"Ibu, nanti kalau dia jatuh, luka, macam mana? Dia buat kakak, kakak dah menangis. Kalau kakak tolak dia, dia pulak menangis. Nanti bising sekolah tu, Cikgu Siti marah."
Ah, sudah.
Orang nak mengajar dia mempertahankan diri dari pembuli, dia pula sibuk nak mempertahankan pembulinya.
"Ok, kakak jangan buat kuat-kuat. Kakak tolak dia supaya dia jauh dari kakak. Lepas tu, kakak cari Cikgu Siti ye."
"Oo.. Tak bagi dia jatuh, kan? OK!"
Phew.
Harapnya budak lelaki itu akan behave selepas ini. Saya takut mak yang kecoh pergi serang mak ayah budak itu nanti kalau Cik.Aira mengadu lagi.
=/
Pagi tadi mak telefon.
"Kakak demam panas. Asyik batuk-batuk. Satu malam tak tidur."
Ok. Saya dah rasa macam kena proceed ke hospital ni. Bangun dari tidur, mandi-mandi dan bersiap untuk ke pejabat. Kejutkan Cik.Aish dan dukung Cik.Airis yang masih tidur, bawa ke rumah mak. Saya bawa termometer bersama.
Tiba di rumah mak, ambil bacaan suhu badan Cik.Aira. 37.8℃. Beritahu mak kalau demam juga tengahari nanti, telefon saya. Nanti saya bawa ke hospital.
Cik.Aira demam pada hari Khamis minggu lepas. Tapi kebah selepas sehari, cuma batuk berpanjangan. Tapi malam tadi demam berulang dan batuk semakin teruk.
Mak saya jenis tak suka mengulang doktor. Bila sekali pergi, sakit tak baik, terus sahaja ke hospital!
Maka sebab itulah saya di sini sekarang. Tadi semasa pemeriksaan saringan di Unit Triage, suhu badan Cik.Aira naik kepada 38.9℃. Sekarang menunggu giliran untuk diperiksa dengan terperinci.
Demam, demam juga.
Mulut tetap membebel-bebel.
"Ibu, kenapa doktor yang kasi kakak ubat tu cakap kampung? Dia tinggal Dungun juga ke?"
=_=
Posted via Blogaway
Saya rasa segan dengan seorang calon temuduga yang datang untuk sesi temuduga kali kedua, dan saya tidak ingat langsung pasal dia.
"Kita pernah bertemu sebelum ini." katanya.
"Serius?! Di mana??"
"Di bangunan sebelah. Awak penemuduga saya sebelum ini." dia senyum.
Dan entah mengapa saya berpeluh. Saya mungkin faktor yang menggagalkan dia sebelum ini. Dan kali ini pun dia sukar untuk lepas nampaknya.
Saya rasa bersalah pula.
>_<¦¦¦
Posted via Blogaway
obviously.
Cik.Aira sampaikan itu kepada saya semasa menjemputnya pulang tengahari tadi. Pura-pura terkejut, saya tanyakan sebabnya.
"Esok, Cikgu Siti nak balik kampung. Nak tolong mak dia masak dekat kampung dia."
Saya gelak-gelak. Dia belum kenal lagi phrase
Thank God It's Friday!
=P
Happy Weekend, People!
Posted via Blogaway
Posted via Blogaway
Posted via Blogaway
Sehingga Isnin depan, menjadi rutin saya untuk menghantar dan menjemput Cik.Aira. Bila kereta saya sampai depan pintu pagar sekolah, nanti akan dengar Cikgu Siti jerit,
"Aira Amniya! Ibu dah sampai!"
Lepas itu baru nampak kelibat Cik.Aira dibenarkan keluar dari sekatan yang dikawal Cikgu Siti dan pembantunya di pintu tabika.
Kagum dengan Cikgu Siti. Baru 2 hari dah cam mak ayah budak-budak ni. =D
Selamat 2012!
Saya bercuti dari 2 sehingga 9 Januari!
Yeay!
Tak banyak yang berlaku semasa peralihan tahun.
Tapi untuk pertama kali (dan akan menjadi trend seandainya terus bekerja di syarikat sama), saya perlu bekerja pada tarikh tahun baru. macam tak menarik, kan? Tapi baru-baru ini, bekerja pun dalam 3-4 jam sahaja.
Masuk sahaja tahun baru, masa nak pergi ke pejabat, kereta saya tak boleh dihidupkan. Rupa-rupanya bateri conked. Pandai pilih masa betul. nasib baik ada kedai bateri kereta yang beroperasi hari itu. Terbang RM225.00 (tapi selepas itu dapat refund RM30.00 sebab pulangkan bateri lama). =D
Semalam pula menjelajah usha kedai tayar, sebab tayar kereta pun due tahun ini jugak. Bulan 3 nanti, kereta dah nak masuk 2 tahun. Bateri dengan tayar adalah antara dua perkara yang memang nak diganti tahun ini. Tapi tak sangka sungguh bateri akan mati dulu. Jadi, untuk mengelakkan tayar-tayar kereta itu teragak nak berperangai seperti bateri, baiklah kami segerakan sebarang penggantian yang perlu. -_-"
Hari ini akak meneruskan pencarian kedai tayar. En.Eid spesifik mengenai tayarnya. Mahu yang Continental juga. Bila sudah puas memusing, dalam perjalan pulang ke rumah, baru perasan ada satu kedai tayar Continental, yang nampak macam baru tapi sudah tutup. Pukul 6:30 petang waktu itu, seperti terlalu awal untuk tutup operasi tetapi mungkin juga kedai belum mula beroperasi lagi. Kalau tidak jumpa juga, hari ini kami akan ke Senawang sahaja. Memang ada sebuah kedai tayar Continental besar di situ. =)
Esok..
Hrrmm..
Esok, Cik.Aira mula bersekolah tadika 5 tahun. Debar itu di atas saya. Bersekolah di Tabika Kemas, terletak selang 3 jalan dari rumah, So, kecuali bila hujan, urusan pergi dan pulang sekolah memang bukan masalah. Waktu persekolahan bermula jam 8 pagi sehingga 12 tengahari.
"Lambat, saya kunci gate."
En.Eid menyampaikan pesanan cikgu Cik.Aira. Amboi, garang! Tapi bila difikir semula, mungkin bertujuan nak menerapkan disiplin, dan mengelakkan terganggu sesi pembelajaran kanak-kanak yang lain pula.
Saya tidak membayangkan Cik.Aira lambat, malahan mungkin terlalu awal untuk sekolah itu. En.Eid, mak dan saya akan bergilir membawanya ke sekolah. Tapi kalau sekolah boleh menerima murid seawal jam 7:00 pagi, mungkin mak tidak perlu terlibat dalam proses penghantaran. Cuma masa balik nanti mak pergi menjemput. Esok, perlu bertanya dengan cikgunya. Saya belum pernah bertemu dengan mana-mana cikgu Cik.Aira. Urusan-urusan sebelum ini diselesaikan oleh En.Eid, dari mengambil borang pendaftaran, menghantarnya, dan mendaftarkan Cik.Aira.
Urusan awal minggu persekolahan ini, saya akan ambil alih sementelah cuti seminggu ini.
Oh, program cuti seminggu?
Tak banyak di fikiran. Mendaftarkan Cik.Aira, membawa mak ke pemeriksaan berkala di Klinik Kesihatan Nilai, menguruskan parti hari jadi Cik.Aira di sekolah, dan menetapkan tempat sambutan majlis harijadi anak-anak. Tahun ini Cik.Airis akan sambut ulangtahun pertama! Jadi ketiga-tiganya akan disambut dalam satu majlis. =D
Alamak., banyak tulis. Sepatutnya dah nak kena mandi ni!