2012.

Selamat 2012!
Saya bercuti dari 2 sehingga 9 Januari!
Yeay!

Tak banyak yang berlaku semasa peralihan tahun.

Tapi untuk pertama kali (dan akan menjadi trend seandainya terus bekerja di syarikat sama), saya perlu bekerja pada tarikh tahun baru. macam tak menarik, kan? Tapi baru-baru ini, bekerja pun dalam 3-4 jam sahaja.

Masuk sahaja tahun baru, masa nak pergi ke pejabat, kereta saya tak boleh dihidupkan. Rupa-rupanya bateri conked. Pandai pilih masa betul. nasib baik ada kedai bateri kereta yang beroperasi hari itu. Terbang RM225.00 (tapi selepas itu dapat refund RM30.00 sebab pulangkan bateri lama). =D

Semalam pula menjelajah usha kedai tayar, sebab tayar kereta pun due tahun ini jugak. Bulan 3 nanti, kereta dah nak masuk 2 tahun. Bateri dengan tayar adalah antara dua perkara yang memang nak diganti tahun ini. Tapi tak sangka sungguh bateri akan mati dulu. Jadi, untuk mengelakkan tayar-tayar kereta itu teragak nak berperangai seperti bateri, baiklah kami segerakan sebarang penggantian yang perlu. -_-"

Hari ini akak meneruskan pencarian kedai tayar. En.Eid spesifik mengenai tayarnya. Mahu yang Continental juga. Bila sudah puas memusing, dalam perjalan pulang ke rumah, baru perasan ada satu kedai tayar Continental, yang nampak macam baru tapi sudah tutup. Pukul 6:30 petang waktu itu, seperti terlalu awal untuk tutup operasi tetapi mungkin juga kedai belum mula beroperasi lagi. Kalau tidak jumpa juga, hari ini kami akan ke Senawang sahaja. Memang ada sebuah kedai tayar Continental besar di situ. =)

Esok..

Hrrmm..

Esok, Cik.Aira mula bersekolah tadika 5 tahun. Debar itu di atas saya. Bersekolah di Tabika Kemas, terletak selang 3 jalan dari rumah, So, kecuali bila hujan, urusan pergi dan pulang sekolah memang bukan masalah. Waktu persekolahan bermula jam 8 pagi sehingga 12 tengahari.

"Lambat, saya kunci gate."

En.Eid menyampaikan pesanan cikgu Cik.Aira. Amboi, garang! Tapi bila difikir semula, mungkin bertujuan nak menerapkan disiplin, dan mengelakkan terganggu sesi pembelajaran kanak-kanak yang lain pula.

Saya tidak membayangkan Cik.Aira lambat, malahan mungkin terlalu awal untuk sekolah itu. En.Eid, mak dan saya akan bergilir membawanya ke sekolah. Tapi kalau sekolah boleh menerima murid seawal jam 7:00 pagi, mungkin mak tidak perlu terlibat dalam proses penghantaran. Cuma masa balik nanti mak pergi menjemput. Esok, perlu bertanya dengan cikgunya. Saya belum pernah bertemu dengan mana-mana cikgu Cik.Aira. Urusan-urusan sebelum ini diselesaikan oleh En.Eid, dari mengambil borang pendaftaran, menghantarnya, dan mendaftarkan Cik.Aira.

Urusan awal minggu persekolahan ini, saya akan ambil alih sementelah cuti seminggu ini.

Oh, program cuti seminggu?

Tak banyak di fikiran. Mendaftarkan Cik.Aira, membawa mak ke pemeriksaan berkala di Klinik Kesihatan Nilai, menguruskan parti hari jadi Cik.Aira di sekolah, dan menetapkan tempat sambutan majlis harijadi anak-anak. Tahun ini Cik.Airis akan sambut ulangtahun pertama! Jadi ketiga-tiganya akan disambut dalam satu majlis. =D

Alamak., banyak tulis. Sepatutnya dah nak kena mandi ni!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

1 Response to "2012."