.. hopefully..
Hari ini menghadiri sesi terakhir dalam siri 3-sesi fisioterapi di Unit Rehabilitasi Hospital Putrajaya. Apabila tiba sahaja giliran dipanggil, doktor bertanya,
"Ada kurang tak sakit belakang?"
"Hum.. Kurang tahap saya tak mahu complaint apa-apa dah."
"Aa, kira last lah hari ni, ok? Kita buat hot pad sahaja lah."
"Ok."
Makanya, tadi hanya menjalani sesi hot pad sahaja. 20 minit. Selesai.
Senyum.
Semenjak bulan Ogos tahun lepas saya "menderita" sakit belakang yang agak teruk. .
Duduk lama, sakit.
Berdiri, sakit.
Duduk kembali, sakit.
Baring mengiring, sakit.
Terlentang pun sakit.
Sakitnya menyucuk-nyucuk ke tulang. Awal sangkaan,saya meneka mungkin masalah tulang belakang. Bila asyik mengadu sakit, dan berulang cuti sakit disebabkan masalah ini, selepas dibebel mak dan En.Eid, saya dapatkan surat rujukan ke Hospital Putrajaya untuk mendapatkan rawatan di Unit Ortopedik.
Oktober, saya ke Hospital Putrajaya dan diminta untuk menjalani ujian imbasan X-Ray. Keputusan menunjukkan tulang belakang saya "terlalu lurus" berbanding "piawai". Puncanya, kerana otot-otot di sekitar tulang belakang yang mengeras sehingga memaksa barisan tulang saya "melurus".
3 kali sesi fisio yang doktor sarankan di samping beberapa perubahan yang saya perlu tukar dalam kebiasaan postur saya seperti cara duduk, berdiri, juga berbaring.
Hari ini, selesai ketiga-tiga sesi tersebut dan 16 Februari nanti saya akan kembali ke hospital untuk satu lagi ujian imbasan X-Ray. Sakit, walaupun on-off, tapi tidaklah sekerap dan seperit dahulu. Diharapkan bentuk tulang belakang saya akan kembali ke "piawai".
...
Oh, Cik.Aira baru bercerita petang ini. Dia menangis di tabika hari ini kerana seorang kawan sekelas lelakinya mencabut getah rambut dan mencekik (?) leher Cik.Aira.
"Kenapa dia buat macam tu?!"
"Dia nak jadi Ultraman, Ibu."
Hrrmm.. Budak-budak bermain dan bergaduh. Perkara biasa sepatutnya. Tapi saya tidak senang hati takut-takut kalau Cik.Aira nanti membiarkan sahaja perkara jahat orang lakukan ke atasnya. Jadi saya ajarkan satu perkara,
"Kakak, kalau orang kacau kakak, tolong tolak dia macam ni." sambil tolak bahu Cik.Aira. Dia terdorong ke belakang.
"Ibu, nanti kalau dia jatuh, luka, macam mana? Dia buat kakak, kakak dah menangis. Kalau kakak tolak dia, dia pulak menangis. Nanti bising sekolah tu, Cikgu Siti marah."
Ah, sudah.
Orang nak mengajar dia mempertahankan diri dari pembuli, dia pula sibuk nak mempertahankan pembulinya.
"Ok, kakak jangan buat kuat-kuat. Kakak tolak dia supaya dia jauh dari kakak. Lepas tu, kakak cari Cikgu Siti ye."
"Oo.. Tak bagi dia jatuh, kan? OK!"
Phew.
Harapnya budak lelaki itu akan behave selepas ini. Saya takut mak yang kecoh pergi serang mak ayah budak itu nanti kalau Cik.Aira mengadu lagi.
=/
Hujan pagi hingga senja mug merah jambu mawar
4 months ago
0 Response to "Final.Physio"
Post a Comment